Pages

Thursday, 24 July 2014

Musafir Di Pinggir Dosa

Musafir pagi itu bermula dengan ketakutan, kerana takutnya mati dikala diri masih belum bersedia bertemu
dengan sang pencipta. Namun, aku kuatkan semangat kerana sebagai manusia, kita tidak terlepas dengan
kesalahan, tetapi biarlah setiap kesalahan mengiringi dengan taubat. 

Perasaan takut menyelubungi diri bila mengenangkan peristiwa kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17 disebabkan oleh tembakan missile dari pihak yang masih diketahui. Namun ku sedapkan hati, kalau Allah yang tetapkan kematian aku dengan cara itu, kita tidak terdaya untuk menghalang. Jauh disudut hati masih mengharap dan berdoa, biarlah kematian ku dengan husnu khatimah walau apa jua keadaan sekalipun. Jiwa meruntung dikala Allah menunjukkan kepada kita di sebalik insiden yang berlaku. Tiada kekuatan melainkan Allah swt.

Alhamdulillah, perjalanan selama 10 jam 30 minit dari Kota Seribu Menara ke Tanah Air tercinta tiba dengan selamat. Transit selama 2 jam di Doha, Qatar dan sempat berbuka puasa disana. Masuk kali ini, dah kali ke-3 aku singgah di bumi Qatar, tapi tidak pernah keluar dari lapangan terbangnya kerana perjalanan ini hanya transit sahaja di sana. Kali ini, Hamad International Airport (HIA) adalah lapangan terbang yang baru sahaja beroperasi pada awal tahun ini. Cantik dengan nilai futuristik tetapi kecil kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Aku tiba di Kuala Lumpur jam 8.30 pagi dan menyambung perjalanan ke Kuala Terengganu dengan Pesawat MH 1336 selama 55 minit. Bermula di KLIA sehingga dalam pesawat ke Terengganu, lagu Air Mata Syawal yang didendangkan mewujubkan suasana "balik kampung" sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk hidup diatas muka bumi ini. Mungkin ini peringatan untuk diri aku untuk terus memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Walaupun aku merasakan diri aku tidak berguna untuk ummah, tetapi aku tidak mahu diri ini tersisih dari berusaha untuk membantu ummah yang semakin tenat dan semakin jauh dari tuhan. Aku tidak mahu tergolong dari golongan orang yang Rasulullah tidak mengaku ummah seperti mana dalam hadis Rasulullah:

" Barang siapa yang tidak mengambil tahu hal ehwal saudaranya, maka bukan dari kalangan aku"

Kita hanya berusaha, hakikat keputusanya Allah yang menentukan sama ada berjaya atau gagal. Yang penting kita terus Istiqamah berusaha membawa ummah pada hari ini untuk memperhambakan diri kepada Allah walaupun disana banyaknya onak dan duri menghalang usaha kita. Kadang-kadang kita merasakan tindakan kita salah kerana banyaknya kritikan, tapi hakikatnya kebenaran itu bukan ditentukan oleh manusia dengan nafsu bahkan ia ditentukan oleh Allah sebagaimana ditetapkan dalam Al-Quran dan As Sunnah. Alhamdulillah, dalam permusafiran ini aku terjumpa dengan hikmah tindakan terdahulu yang menatijahkan kritikan dari manusia sekeliling. Tiba-tiba dalam pesawat ada orang minta maaf sebab kritik tindakan ku terdahulu. Aku hanya tersenyum sambil memberi penjelasan kenapa aku buat tindakan sebegitu. Alhamdulillah, mereka menerima dan memohon maaf atas kritikan dan umpatan yang berlaku. Indahnya permusafiran ini. Alhamdulillah...terima kasih ya Allah...

Moga terus thabat dan istiqamah, selamat berjuang sahabat-sahabat...

alqassam90


Thursday, 10 July 2014

Ramadhan

Ramadhan,
Datangnya dirimu membawa rahmah,
Datangnya dirimu membawa keampunan,
Datangnya dirimu membawa pembebasan diriku dari neraka.

Namun begitu,
Aku sedih kerana tidak mampu menggapai kebaikan dari kedatangan dirimu.

Ramadhan,
Datangnya dirimu ditunggu-tunggukan,
Namun, aku kecewa..
Disebalik kelebihan yang ada,
Masih ramai manusia yang masih lalai,
Bulan yang sepatutnya dicari keampunan,
Tetapi dihiasi dengan noda dosa yang tidak terkira.

Ramadhan,
Aku merindui kedatanganmu
Namun aku malu kerana di sekeliling ku,
Masih ramai yang tidak sedar akan kelebihanmu,
Bulan yang dimuliakan dijadikan bulan yang penuh kelalaian.

Ya Allah, ampumkan dosaku...
Kuatkanlah kecekalan dalam diriku untuk berbakti pada ummah,
Tuntuni diriku diatas jalan yang diredhaimu.

Aku ingin hanya satu,
REDHAMU menjadi impianku,
Semoga aku terus thabat diatas jalan ini.