Pages

Tuesday, 24 December 2013

Renungan Untuk Rijalul Ummah

Hari mu berlalu tidak sekali-kali berundur,
Namun hatimu terus lalai,
Lalai dengan ujian dunia,
Yang kamu sendiri tahu itu satu ujian,
Tapi tidak kamu sedari.

Hari mu berlalu tidak sekali-kali berundur,
Maksiat bertambah, sunnah berkurang,
Yang putih menjadi kelam,
Dan yang kelam bertukar hitam,
Masih tidak sedarkah kamu?

Hari mu berlalu tidak sekali-kali berundur,
Berjuang dan terus berjuang,
Impian bersama rijalul ummah,
Membaiki ummah yang telah rosak,
Tapi rosak dalam diri tidak disedari.

Hari mu berlalu tidak sekali-kali berundur,
Ingatkah kamu kalam murabbi,
"islih nafsak, wad'u ghairak"
Seiring perjalanan dalam kewaspadaan
Supaya dirimu menjadi RIJALUL UMMAH yang sejati

Kita hanya manusia yang tidak terlepas dari membuat maksiat dan kesalahan, tetapi kita juga manusia yang diberi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi Allah ini dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Biarlah kemaksiatan itu diiringi dengan TAUBAT...
Dan laksanakanlah tanggungjawab dan amanah Allah itu dengan berSTRATEGI

Moga Allah terima kita sebagai Rijalul Ummah, yang akan membawa Ummah ke Jalan ISLAM



Wednesday, 16 October 2013

Aidiladha 1434H

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...walillahil hamd..

Hampir setahun tidak menulis di laman sesawang ini. Bukan kerana kesibukan yang menghambatkan diri, tetapi malas untuk mencurah idea dan perkongsian disebabkan pelbagai medium-medium baru seperti laman muka buku, twitter dan sebagainya yang begitu mudah untuk digunakan dimana sahaja. Namun begitu, blog masih sayang untuk ditinggalkan kerana kadang-kadang ia membantu diri ini menulis dengan baik berbanding di laman muka buku yang sering kali menulis tanpa berfikir panjang. Walaupun kadang-kadang diri ini menulis blog seakan-akan diari peribadi. Mungkin disana sahabat-sahabat yang membaca boleh belajar dari pengalaman orang lain. Sama-sama berkongsi supaya keberadaan diri kita diatas muka bumi Allah dirasai oleh penduduk bumi dan langit inshaAllah.

Aidiladha 1434H disambut tahun ke-4 di Mesir. Alhamdulillah, meriah berbanding di sambutan Aidilfitri di sini. Sememangnya, didalam Islam sambutan Aidiladha sepatutnya lebih afdal berbanding Aidilfitri. walau bagaimanapun kedua-dua perayaan ada ciri-ciri tersendiri yang membezakan kemeriahannya. Alhamdulillah, tahun ni sambutan Aidiladha dalam suasana permulaan musim sejuk. Tidak panas seperti tahun-tahun sebelum ini.  Dengan kabus tebal yang mengelilingi jemaah solat membawa ketengan dalam diri.


Sambutan pada tahun ini, bilangan pelajar Malaysia di Zagazig sedikit disebabkan penangguhan kuliah sehingga habis cuti Aidiladha lantaran proses evakuasi kali ke 2 pelajar Malaysia di Mesir ke Tanah Air yang dilaksanakan pada akhir Ogos 2013. Dengan bilangan kira-kira 120 orang (bilangan pelajar di Zagazig 700++) yang ada di Zagazig, kami merayakan dengan sederhana. Rumah terbuka tetap diadakan, tapi aku tidak dapat memenuhi jemputan akibat kesihatan tidak mengizinkan. Selepas solat sunat Aidiladha, terus makan bersama sahabat-sahabat yang hadir bertandang di rumah. Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya menyiapkan juadah di pagi Aidiladha, Nasi minyak lauk gulai itik, acar dan Jus buah. 


Selepas itu, terpaksa merehatkan diri disebabkan serangan selsema semakin teruk. Ambil ubat congestal dan terus tidur....bangun untuk solat sahaja, lepas tu sambung tidur kembali sehingga jam 10 malam. Alhamdulillah, selsema semakin kurang dan pening kepala dah kurang. Terus stay up dengan reply sms, whatsapp dan inbox fb serta update blog (tetiba semangat). Alhamdulillah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku dengan ujian ini.


Sama-sama kita hayati pengorbanan golongan terdahulu bermula dengan para para rasul dan nabi sehingga golongan sekarang yang berjuang untuk menegakkan agama Islam. Penghayatan ini sangat-sangat bermakna untuk sama-sama kita mengambil ibrah disebalik kejadian yang berlaku. Kisah pengorbanan Nabi Ismail, Ibrahim dan Siti Hajar. Selalu kedengaran setiap kali menyambut Aidiladha, tetapi apakah ibrah itu kita dapat teladani dengan baik? intropeksi diri dan iman masing-masing....

Wallahua'lam

2.58am
Madinah Zagazig, Muhafazah Sharkia
Republik Arab, Mesir