Pages

Saturday, 24 November 2012

Ummu Dunnya


Hampir 4 tahun berada di Mesir dan ini kali kedua aku melawat tempat yang diceritakan dalam Al-Quran. Ia  tidak musnah dek usia yang lama, tetapi dikekalkan oleh Allah untuk menjadi pengajaran buat generasi mendatang. Hebat bila memikirkan senibina ini yang dibuat ribuan tahun dahulu. Bentuk bukan sekadar bentuk tetapi terbukti dengan kajian sains kejuruteraan bahawa senibina ini sangat-sangat stabil (base luas) dan bentuknya membuatkan penghuninya sejuk dan barang didalamnya tahan lama. Banyak lagi kajian bukti mengenainya.
 Bukan itu yang nak dibincangkan pada kali ini, tapi kisah dan pegajaran disebalik binaan ini sepatutnya diambil pengajaran buat pimpinan, masyarakat dan ummah keseluruhannya supaya perkara dan kejadian seperti Firaun laknatullahi alaih tidak berulang khususnya buat pimpinan negara amnya kepada seluruh ummah.

Meneliti sirah junjungan mulia Nabi Musa AS, bagaimana Islam yang hendak dibawa dihalang keras oleh Firaun walaupun beliau mengetahui kebenarannya. Akhirnya Allah meimpa azab buat Firauan dan pengikutnya dengan menenggelamkan mereka di laut merah.

Alhamdulillah, keberadaan aku di Mesir memberi peluang kepada ku untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesan-kesan daripada kejadian itu. Semoga ia menjadi pengajaran buatku kerana aku telah dipilih oleh Allah untuk merasai kehidupan didunia ini. Jangan alpa dengan ujian tetapi kuatkan semangat mencari kebenaran, menghambakan diri kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meniggalkan segala larangannya.

Tangan mampu menulis, tapi sejauh mana kita mengambil ibrah daripada tulisan sendiri sedangkan penulisan ini untuk disampaikan kepada orang ramai. Sama-sama doakan semoga kita tergolong dalam orang yang mentaati Allah dan Rasul ketika hari kiamat nanti.

Kita bukan malaikat yang diciptakan tanpa nafsu dan mereka sentiasa bertambah iman mereka. Siapalah kita kalau dibandingkan dengan malaikat. Gunakan ilmu, tundukkan nafsu, biar iman berbicara dalam setiap tindakan. Tanpa ilmu, mana mungkin iman itu datang.

"Kehidupan ini ibarat tempat persinggahan kerana itu kita kena kutip segala bekalan untuk perjalanan seterusnya untuk ke tempat yang kekal abadi. Andai bekalan tidak mengcukupi, mampukah kita merasai kehidupan yang baik di destinasi yang kekal abadi itu"

sama-sama fikirkan...


0 comments: