Pages

Saturday, 24 November 2012

Kata Hati, tapi bukan diri

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis walaupun dihambat dengan kesibukan kuliah dan hal-hal persatuan. Selawat dan salam buat junjuangan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh pejuang agama Allah sehingga tertegaknya Islam pada hari ini.


Diri masih tertanya-tanya, dimana kita dikala saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan Burma mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan Islam? tapi kita disini masih beralasan walaupun mendapat taklifan yang kecil semata-mata untuk Islam juga. Kerdilnya kita kalau dibandingkan dengan mereka disana.

Diri masih tertanya-tanya, kenapa kita masih seronok dan lalai dengan kehidupan atas dunia tanpa mengingati  bahawa akhirat menanti disana? Sedih mengenangkan diri dan sahabat-sahabat disekeliling. Alpa dengan keseronokan sehingga terlupa hidup di dunia sebagai persediaan untuk kehidupan di akhirat.

Diri masih tertanya-tanya, bagaimana mungkin kita tahu bahawa maksiat itu mendekatkan diri kita ke neraka, tapi kita masih membuatnya. Kita juga tahu bahawa kebaikan itu mendekatkan diri kita kepada Allah. Namun, kita masih beralasan untuk melaksanakannya.

Hidup didunia hanya sementara, sedangkan syurga dan neraka merupakan tempat yang kekal abadi. Kita yang memilih kehidupan ini, tetapi Allah menentukan segala-galanya.



0 comments: