Pages

Thursday, 29 November 2012

As Syahid Obaida Al-Qudsi

Alhamdulillah, masih diberi nikmat keamanan dalam masa yang sama saudara-saudara kita di bumi Palestin sekarang berjuang mempertahankan Islam bagi menyelamatkan Tanah Suci ke-3 dalam Islam iaitu Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Semalam mengadap komputer seoarang sahabat, terdetik untuk membuka Dokumentari Jejak Rasul yang begitu popular di Malaysia terutamanya ketika bulan Ramadhan. Jejak Rasul 16 - Jews & Bani Israel (Ep 4 - Penindasan Penduduk Hebron) (Part 3/3) terpanpang di depan mata seorang mujahid yang bernama Obaida Al-Qudsi. Rakyat Palestin dan juga seorang pelajar UIAM serta ahli kepada Kelab Sahabat Al-Aqsa, UIAM. Beliau gugur Syahid pada 13 September 2009 ditembak oleh Yahudi ketika dalam perjalanan untuk Solat Subuh berjemaah di Masjid Hebron.

Bukan rakaman diatas yang menarik minat aku untuk berkongsi pada pagi ini, tetapi sebenarnya lebih setahun yang lalu aku pernah mendengar lagu La tahzan yang dinyanyikan oleh beliau dalam dokumentari Jejak Rasul tersebut. Baru aku tahu, rupanya penyanyi lagu dibawah ini telah syahid. Semoga beliau tergolong bersama Nabi- nabi dan para syuhada yang lain.
Ketika ini, genjatan senjata antara Hamas (Pemerintah Gaza) dengan Israel (Tel Aviv) sedang berjalan selepas beberapa hari mereka bertempur. Kemenangan pertama berpihak kepada Gaza kerana mereka tunduk dengan genjatan senjata tersebut. Ramai yang syahid dalam pertempuran kali ini. Namun begitu, keresahan Zionis Yahudi kelihatan apabila roket Al-Qassam telah sampai ke tengah-tengah Kota Tel Aviv dan kekuatan Bridge Al-Qassam terserlah.

Hakikat yahudi atau Israel telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran yang mana mereka adalah kaum yang pengecut dan mungkir janji. Genjatan senjata yang dibuat sekarang, pada pandangan aku akan dilanggar oleh Israel suatu masa nanti. Kita tunggu dan lihat sahaja.!!!


Semoga Palestin akan bebas dari ionis Israel. Sama-sama kita doakan....

Saturday, 24 November 2012

Ummu Dunnya


Hampir 4 tahun berada di Mesir dan ini kali kedua aku melawat tempat yang diceritakan dalam Al-Quran. Ia  tidak musnah dek usia yang lama, tetapi dikekalkan oleh Allah untuk menjadi pengajaran buat generasi mendatang. Hebat bila memikirkan senibina ini yang dibuat ribuan tahun dahulu. Bentuk bukan sekadar bentuk tetapi terbukti dengan kajian sains kejuruteraan bahawa senibina ini sangat-sangat stabil (base luas) dan bentuknya membuatkan penghuninya sejuk dan barang didalamnya tahan lama. Banyak lagi kajian bukti mengenainya.
 Bukan itu yang nak dibincangkan pada kali ini, tapi kisah dan pegajaran disebalik binaan ini sepatutnya diambil pengajaran buat pimpinan, masyarakat dan ummah keseluruhannya supaya perkara dan kejadian seperti Firaun laknatullahi alaih tidak berulang khususnya buat pimpinan negara amnya kepada seluruh ummah.

Meneliti sirah junjungan mulia Nabi Musa AS, bagaimana Islam yang hendak dibawa dihalang keras oleh Firaun walaupun beliau mengetahui kebenarannya. Akhirnya Allah meimpa azab buat Firauan dan pengikutnya dengan menenggelamkan mereka di laut merah.

Alhamdulillah, keberadaan aku di Mesir memberi peluang kepada ku untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesan-kesan daripada kejadian itu. Semoga ia menjadi pengajaran buatku kerana aku telah dipilih oleh Allah untuk merasai kehidupan didunia ini. Jangan alpa dengan ujian tetapi kuatkan semangat mencari kebenaran, menghambakan diri kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meniggalkan segala larangannya.

Tangan mampu menulis, tapi sejauh mana kita mengambil ibrah daripada tulisan sendiri sedangkan penulisan ini untuk disampaikan kepada orang ramai. Sama-sama doakan semoga kita tergolong dalam orang yang mentaati Allah dan Rasul ketika hari kiamat nanti.

Kita bukan malaikat yang diciptakan tanpa nafsu dan mereka sentiasa bertambah iman mereka. Siapalah kita kalau dibandingkan dengan malaikat. Gunakan ilmu, tundukkan nafsu, biar iman berbicara dalam setiap tindakan. Tanpa ilmu, mana mungkin iman itu datang.

"Kehidupan ini ibarat tempat persinggahan kerana itu kita kena kutip segala bekalan untuk perjalanan seterusnya untuk ke tempat yang kekal abadi. Andai bekalan tidak mengcukupi, mampukah kita merasai kehidupan yang baik di destinasi yang kekal abadi itu"

sama-sama fikirkan...


Kata Hati, tapi bukan diri

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis walaupun dihambat dengan kesibukan kuliah dan hal-hal persatuan. Selawat dan salam buat junjuangan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh pejuang agama Allah sehingga tertegaknya Islam pada hari ini.


Diri masih tertanya-tanya, dimana kita dikala saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan Burma mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan Islam? tapi kita disini masih beralasan walaupun mendapat taklifan yang kecil semata-mata untuk Islam juga. Kerdilnya kita kalau dibandingkan dengan mereka disana.

Diri masih tertanya-tanya, kenapa kita masih seronok dan lalai dengan kehidupan atas dunia tanpa mengingati  bahawa akhirat menanti disana? Sedih mengenangkan diri dan sahabat-sahabat disekeliling. Alpa dengan keseronokan sehingga terlupa hidup di dunia sebagai persediaan untuk kehidupan di akhirat.

Diri masih tertanya-tanya, bagaimana mungkin kita tahu bahawa maksiat itu mendekatkan diri kita ke neraka, tapi kita masih membuatnya. Kita juga tahu bahawa kebaikan itu mendekatkan diri kita kepada Allah. Namun, kita masih beralasan untuk melaksanakannya.

Hidup didunia hanya sementara, sedangkan syurga dan neraka merupakan tempat yang kekal abadi. Kita yang memilih kehidupan ini, tetapi Allah menentukan segala-galanya.