Pages

Tuesday, 11 September 2012

Ditangguh mungkin? Ya..inshaAllah

Lama aku merenung, memikirkan perkara yang berlaku. Aku tahu apa penyebabnya, tapi masih aku teruskan untuk berfikir kerana aku mahu perkara yang berlaku ini tiada kesannya pada orang lain. Hakikat kehidupan itu, kita dikurniakan keluarga, sahabat-sahabat dan juga kenalan yang mana kewujudan itu menjadi pelengkap kepada kehidupan kita. Mana mungkin, perkara yang berlaku ini tiada kesan pada yang lain ditambah pula taklifan sebagai pimpinan tertinggi ini membuatkan aku semakin jauh berfikir. Desakan keluarga bertalu-talu di benak pemikiranku membuatkan aku sedikit terkesan dengan apa yang berlaku. Aku perlu tabah, kerana ujian bukan untuk melemahkan bahkan untuk mendidik. Tutt..tutt...masuk sms dalam android kesayangan aku yang aku beli semata-mata untuk memudahkan gerak kerja ku selaku pimpinan.

KatA sh.abd.qadir.jailani:"jgn engkau m'dakwa dirimu sbagai Tuhan.tatkala kamu mahukan semua kehendakmu berlaku,engkau mahu smua yg enkau hjtkn mnjd kenyataan.ktika engkau mndkwa begitu, engkau sprti mndkwa dirimu tuhan, kerana Tuhan berhak begitu.be strong,kami mendoakan hikmah n ksbrn brsama ntm yg diuji"


Bersyukur kerana masih dikurniakan teman dan sahabat yang masih memberi peringatan dikala diri kita dipersimpangan, berapa ramai diantara kita sebagai manusia yang kecewa dengan kegagalan lantas mengambil jalan pintas dengan membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi ujian ini. Mungkin dia lupa bahawa yang berhak menentukan kehendak kita adalah Allah. Dan Allah berhak menguji hambanya kerana DIA tahu hambaNYA mampu menghadapi ujian tersebut. Bukankah Allah telah berfirman:


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."(Surah Al-Baqarah :286)

Alhamdulillah, Allah masih memberi akal fikiran yang waras untuk berfikir. Walaupun kali kedua ia berlaku, ramai orang kata kali pertama lebih berat untuk ditanggung. Datangnya kali kedua ujian yang sama mungkin mengurangkan rasa beban tersebut. Berbeza dengan diri ini, kerana ujian kali kedua lebih berat bila memikirkan apakah ujian yang lepas tidak membersihkan lagi diri aku dari dosa-dosa lantas Allah mengirim sekali lagi bagi menyedarkan aku yang masih alpa dengan kehidupan. Air mata fitrah jatuh membasahi pipi memikirkan perkara ini. Ku cuba tahan bagi mengelak sahabat-sahabat dalam mesyuarat tidak sedar dengan apa yang berlaku disebabkan berita itu diterima ketika dalam mesyuarat. Terima kasih sahabat kerana memahami.

Ku cuba menghayati firman Allah ini:


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)"                                       (Al-Baqarah :214)


Hati menjadi tenang kerana setiap perkara yang berlaku ini telah disebut dan dipujuk oleh Allah melalui kitab suci Al Quran yang diberikan kepada hambaNYA. Rasa beruntung kerana ditarbiah melalui sahabat-sahabat yang memperkenalkan aku tentang erti kehidupan yang meletakkan Allah sebagai pencipta dan penetap kepada qada dan qadar dalam kehidupan kita.

Biarlah ia berlalu, kehidupan perlu diteruskan. Mehnah dan tribulasi itu hanya ujian diperjalanan kerana destinasi sebenar masih jauh dihadapan. Berpatah balik itu mustahil sebaliknya jadikan ia sebagai kekuatan untuk sama hadapan.






1 comments:

Disiniku Mencari Sinar said...

Cinta Allah Terhadap Hamba-Nya

Ketika kita mengeluh: “hmm.. aku lelah sekali.”
Allah menjawab: “dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat.” (QS. 78:9)

Ketika kita mengeluh: “beratnya cobaan ini, aku tidak sanggup.”
Allah menjawab: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (QS. 2:286)

Ketika kita mengeluh: “gelisah yaa.”
Allah menjawab: “…ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. 13:28)

Ketika kita mengeluh: “apa yang aku buat ini semua sia-sia?”
Allah menjawab: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.” (QS. 99:7)

Ketika kita mengeluh: “tak ada seorang pun yang menolong aku.”
Allah menjawab: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu.” (QS. 40:60)

Ketika kita mengeluh: “aku sangat sedih…”
Allah menjawab: “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” (QS. 9:40)

Masyaallah... Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Semoga Tabah Ya Akhi..=)