Pages

Monday, 11 June 2012

Ujian Dalam Perjuangan

"Asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha adalah keazaman yang membara. Dan semua ini tidak wujub kecuali pada PEMUDA"

Begitu indah kata-kata Iman Hassan Al Banna, seorang mujaddid yang memulakan sebuah gerakan Islam terbesar di dunia dan berjaya membentuk jiwa-jiwa Islam dalam diri pemuda sehingga hari ini. Terdetik di hati, kita pernah berjanji untuk menyerah dan mewakafkan diri untuk Islam. Namun sejauh mana istilah mewakafkan itu berjaya untuk kita berikan kelebihan untuk Islam. Tidak ada. Mudah jawapannya, bahkan kehidupan yang dilalui penuh dengan maksiat dek lalai dengan dunia sekeliling.

Sama-sama kita menyelusuri kembali cita-cita suatu masa dahulu, ditarbiah dan di bimbing  di madrasah perjuangan untuk mengenal satu pengorbanan. Pelbagai mukayyam dan program telah disertai bermula di peringkat biasa sehingga sanggup bekerja dengan Islam, menyerah segala-galanya untuk Islam. Tapi, hari-hari yang dilalui sehingga hari ini menafikan segala janji yang pernah kita patri bersama. 

Beruntunglah kita wahai pemuda, kita masih diberi kesedaran dengan Islam yang kita anuti. Jiwa-jiwa inilah yang kita mahukan untuk membawa sahabat-sahabat kita diluar sana untuk bersama kita dalam perjuangan. Sebuah perjuangan yang bukan menjanjikan habuan dunia. Tetapi habuan yang telah dijanjikan oleh Allah di akhirat.

Namun begitu, dalam perjalanan ini kita di uji dengan pelbagai cabaran. Cabaran itu bukan bersahaja tetapi ia sudah dijanjikan oleh Allah untuk melihat dimana kita sebenarnya. Adakah sudah benar-benar beriman ataupun hipokrit semata-mata. 

Marilah sama-sama kita merenung satu firman Allah swt dalam surah al Ankabut, ayat ke 2 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja dan berkata aku telah beriman sedangkan mereka belum di uji"

Cukuplah Allah bagi aku untuk hidup aku. Moga kita semua tergolong dalam orang-orang yang sabar dalam menghadapi ujian Allah dan terus Istiqamah dalam perjuangan.


1 comments:

Unknown said...

Pilihan Allah swt.