Pages

Thursday, 25 November 2010

Ujian Dipersimpangan


Ku menelusuri jalan kehidupan ini,
kehidupan yang penuh onak dan duri,
kehidupan yang dijanjikan destinasi yang penuh dengan nikmat;
Namum begitu, dalam pelayaran kehidupan ini,
diriku rasa lemah menghadapi semua ujian ini,
lantaran nipisnya iman yang ada dalam jiwa.

kadang-kadang, ku bertanya pada diri,
layakkah aku berada atas jalan ini,
sedangkan aku tahu disebalik perjalanan ini,
terselit seribu satu kebahagiaan,
kebahagiaan bagi mereka yang betul-betul ikhlas dalam pelayaran ini.

Aku bertanye lagi pada diri ini,
kenapa aku masih berada dalam pelayaran ini,
sedangkan aku telah banyak menyusahkan nakhodaku;
Aku bertanya lagi pada diri ini,
sejauh mana hubungan aku dengan penciptaku,
pencipta pelayaran ku ini,
jauh sekali, cukup-cukup jauh,

cukuplah pengajaran terdahulu mengajar ku erti sebuah kehidupan,
kehidupan yang diertikan sebagai sebuah pelayaran,
pelayaran yang menuju destinasi yang kekal abadi.
demi mencari REDHAMU YA RABBI.

alqassam
~1.43am~
~Zagazig city~
~Egypt~

1 comments:

disiniku mencari sinar said...

jalan ini merupakan jalan yg panjang..jalan yang penuh dengan mehnah yang sentiasa memerhatikan mangsa untuk dijadikan santapan..

andai engkau merasakan jalan ini sukar bagimu,kembalilah pada sirah junjungan besar Muhammad s.a.w...nescaya lapanglah dadamu..

andai jalan ini tiada mehnahnya, nescaya ramai yang akan ikut serta...

percayalah wahai sahabat!,beruntunglah bgi org yg berada dijalan ini...moga trus istiqamah di jalan ini...truskanlah perjuangan ini, hingga engkau mencapai 2 kebaikan; mencapai kemenangan atau pun mati syahid...Allahhuakbar!!!