Pages

Tuesday, 10 August 2010

AHLAN YA RAMADAN


Malam ni dah masuk 1 Ramadan 1431 daa....
rindu Ramadan kali ini terbuak-buak,berbeza dengan tahun sebelum ini, Alhamdulillah tahun ni skali lagi sambut Ramadan di perantauan tanpa keluarga di sisi,tahun ni pun mak dan ayah sambut Ramadan di Tanah Haram Makkah selama sebulan, termakbul sudah hasrat mak ayah untuk sambut Ramadan di Makkah selepas menahan rindu Baitullahil Haram selama 8 tahun selepas buat Haji dulu.

Bila baca blog kak Yah,kabo plak man dan salam kat umah x habis2 nangis ingat ke mak dan ayah sampai terbawa bawa dalam mimpi, sampaikan abg wahid dan kak yah pon sebak dan nangis skali, sepanjang hidup aku, tak pernah skali pon aku tengok 2 orang ni nangis sbb aku tau memang diorang ni kuat bukan macam aku nangis sokmo. tp dek kerana tengok adik2 nangis rindu mak ayah..habis semua sebak.

Sekarang rasanya mak ayah dah sampai kot kat Kota Madinah selepas transit flight Royal Jordanian kat Amman,Jordan 3 jam.Mohon doa dari adik beradik dan sahabat yang lain mendoakan moga2 selamat pergi dan balik serta diterima ibadat mereka.

Buat adik2 kat umah, jgn sedih plak...sebulan je mak pergi..kekgi balik la ye..insyaallah

Di kesempatan ini, ingin ku pohon maaf kepada sahabat sahabiah kalau2 ade buat salah pada kalian,doakan moga Ramadan kali ini menjadi MADRASAH TARBIAH buat kita yang bergelar muslim ini.

Kullu a'mm, wa antum bikhair...

wallahua'lam.

1 comments:

sufi said...

Hakim...
Sedih semula baca posting ni. Hahaha.Masing-masing emosional betul. Tak pe ini mengajar kita hidup berdikari termasuk adin n man. Diorang budak2 yang cekal lagi tabah. Amiin. Moga Mak ayah dipermudahkan segala urusan ^_^