Pages

Saturday, 21 August 2010

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.


Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.


Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu.Begitulah nasib tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.


Berkait isu Palestin


Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam.Sebab utamanya, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.


Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atauRemembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa.


Adalah diharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara terus lagi haram oleh rejim Zionis.


Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.Sementara itu, antara aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung membeli-belah dan sebagainya.


Tuesday, 10 August 2010

AHLAN YA RAMADAN


Malam ni dah masuk 1 Ramadan 1431 daa....
rindu Ramadan kali ini terbuak-buak,berbeza dengan tahun sebelum ini, Alhamdulillah tahun ni skali lagi sambut Ramadan di perantauan tanpa keluarga di sisi,tahun ni pun mak dan ayah sambut Ramadan di Tanah Haram Makkah selama sebulan, termakbul sudah hasrat mak ayah untuk sambut Ramadan di Makkah selepas menahan rindu Baitullahil Haram selama 8 tahun selepas buat Haji dulu.

Bila baca blog kak Yah,kabo plak man dan salam kat umah x habis2 nangis ingat ke mak dan ayah sampai terbawa bawa dalam mimpi, sampaikan abg wahid dan kak yah pon sebak dan nangis skali, sepanjang hidup aku, tak pernah skali pon aku tengok 2 orang ni nangis sbb aku tau memang diorang ni kuat bukan macam aku nangis sokmo. tp dek kerana tengok adik2 nangis rindu mak ayah..habis semua sebak.

Sekarang rasanya mak ayah dah sampai kot kat Kota Madinah selepas transit flight Royal Jordanian kat Amman,Jordan 3 jam.Mohon doa dari adik beradik dan sahabat yang lain mendoakan moga2 selamat pergi dan balik serta diterima ibadat mereka.

Buat adik2 kat umah, jgn sedih plak...sebulan je mak pergi..kekgi balik la ye..insyaallah

Di kesempatan ini, ingin ku pohon maaf kepada sahabat sahabiah kalau2 ade buat salah pada kalian,doakan moga Ramadan kali ini menjadi MADRASAH TARBIAH buat kita yang bergelar muslim ini.

Kullu a'mm, wa antum bikhair...

wallahua'lam.

Thursday, 5 August 2010

Buat Teman-teman

Salam pertemuan,salam perjuangan buat teman-teman...


saje sajikan buat teman-teman seperjuangan nasyeed ni buat tatapan kita semua, setiap dugaan mehnah dan tribulasi yang terjadi semestinya ada hikmah disebaliknya, tapi apa yang penting perjuangan ini mesti diteruskan.Yang lepas xkan kembali lagi,tp masa depan kita tetap kita yang rencanakan dengan kehendak ALLAH SWT.Malu untuk diri ini mengatakan kita seorang pejuang,tp bila diuji oleh ALLAH SWT kita jatuh,kita tertekan dan kita lari dari hadaf kita.Walaupun ia belum terjadi, tp beringat la wahai sahabat, kita ada ALLAH. Walau apa pun yang terjadi, kita masih ada tempat pergantungan.kita hadapi sama-sama sebab suata hari dahulu kita pernah berjanji susah senang kita hadapi bersama.Cita-cita kita bukan untuk kemenangan didunia sahaja, bahkan untuk akhirat yang kekal abadi.


Aku sentiasa bersama-sama mu teman, dalam susah,dalam senang.Kadang-kadang kita susah menyatakan kita sayang sahabat kita. Tp percayalah,dengan ukhuwah yang kita bina, dengan tarbiah yang kita terima, kasih sayang ini mesti sentiasa mengelilingi kita...insyaallah... kita tidak keseorangan.....

~khas buat teman-teman seperjuangan~

Abd Hakim b Mohd Suhimin
Maukif Tanta Khadim,
Az Zagazig, As Syarqiyyah,
Arab Republic of Egypt.