Pages

Monday, 5 July 2010

Peperangan Tabuk

Assalamualaikum sahabat- sahabat sekalian, minta maaf sebab lama tak "update" blog ni.Semenjak Hari Guru dulu lagi ana tak sempat nak "update" dek kerana perlu menyiapkan blog rasmi Unit Pembanguana Insan PERUBATAN Cawangn Zagazig bersama Lajnah Risalah UPI dan juga menghadapi "Final Exam" untuk tahun 2.Moga-moga keputusan yang bakal keluar pada akhir bulan JULAI nanti menatijahkan kejayaan walaupun diri yang lemah ni rasa malas nak study tahun ni.Memang berbeza dengan tahun lepas. Pejam celik, hari ni dah 23 Rejab.Maknanya, Sya'ban dan Ramadan akan bertemu kembali.Tapi adakah diri ini diberi peluang oleh Allah (s.w.t) untuk bertemu Ramadan tahun ini? dan adakah diri ini sudah bersedia untuk menghadapi bulan tarbiah daripada Allah ini? .di kesempatan ini ana nk kongsi satu sirah Nabi Muhammad (s.a.w) dalam bulan Rejab yang mulia ini.Tulisan ini ana ambil daripada blog UPI PCZ yang dikarang oleh ana sendiri dalam blog tersebut.

Peperangan ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah bersamaan 631 Masihi.Ia merupakan peperangan terakhir Rasulullah (s.a.w).

Selain daripada Tabuk,peperangan ini juga di panggil "Ghazwatul 'Asrah'". Ia bermula apabila Raja Rom mempersiapkan tentera-tenteranya yang dipimpim oleh panglima Satria Hercules di Syam untuk berhadapan dengan tentera Islam. Beberapa kabilah Arab yang beragama Nasrani turut bergabung dalam pasukan tentera musuh iaitu kabilah Lakham,Jazam,Ghassan dan 'Amalah. Barisan mereka mengambil tempat di Balqa' iaitu sebuah perkampungan kecil dalam wilayah Damsyik yang terletak di antara Syam dan Wadi Qurra.
Apabila berita tersebut sampai kepada Rasulullah (s.a.w), Baginda terus menghantar bala tenteranya yang berjumlah 30 000 orang tentera pejalan kaki dan 10 000 tentera berkuda ke Tabuk yang terletak di antara Hijaz dan Syam. Disamping itu Rasulullah (s.a.w) juga menyeru umat Islam supaya mengorbankan harta benda demi kemenangan Islam.

Maka datanglah Saidina Abu Bakar (r.a) menyerahkan semua hartanya yang berjumlah 40 000 dirham. Saidina Umar pula menyerahkan separuh hartanya, manakala Saidina Uthman menyerahkan hartanya yang begitu banyak sehingga boleh membiayai satu pertiga daripada keperluan tentera.

Dipermulaan peristiwa sebelum Peperangan,umat Islam bersepakat sekiranya tentera Rom benar-benar bersedia untuk berperang, mereka berhasrat untuk mengadakan pertempuran di luar kawasan kota suci Makkah dan Madinah.Akhirnya mereka bersedia bertempur dengan musuh di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Melalui permulaan peristiwa peperangan itu Allah telah menurunkan firmannya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman,perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta bersama orang yang bertaqwa".
(at-taubah:123)

Berita persiapan peperangan itu telah mendapat reaksi besar daripada masyarakat Arab dibawah pemerintahan Rasulullah (s.a.w). Seorang ketua munafik Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai telah meminta izin kepada Rasulullah(s.a.w) untuk menyertai peperangan. Sebilangan dari kaum munafik tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah (s.a.w) bersetuju menerima permohonan Abdullah bin Ubai, namum Allah telah menegur perbuatan Rasulullah(s.a.w) dengan menurunkan firmannya dalam Al Quran yang bermaksud:

"orang yang ditinggalkan(tidak ikut kemedan perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah(s.a.w) dan mereka tidak suka berjihad(menegakkan agama Islam)dengan harta dan jiwa mereka dalam jalan Allah, dan mereka berkata:janganlah kamu berangkat(pergi berperang) dalam panas terik ini. Katakanlah(wahai Muhammad):api neraka lebih panas, jika mereka mengetahui".
(At-Taubah:81)

Lalu Rasulullah tidak menerima permohonan kaum munafiq untuk mengikuti peperangan.

Dalam perjalanan menuju Tabuk, umat Islam telah diuji dengan kekurangan air dan cuaca yang begitu panas. Tentera Islam mengadukan hal ini kepada Rasulullah(s.a.w), lalu Rasulullah(s.a.w)berdoa kepada Allah.Lalu Allah memakbulkan permintaan RasulNya dengan menurunkan hujan yang lebat sehinggakan umat Islam dapat minum dan mandi sepuas-puasnya.

sesampai angkatan tentera Islam di Tabuk, Rasulullah bersamaangkatan tentera Islam telah mengadakan "perjanjian damai" dengan penduduk sekitar Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi dan berbuat jahat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah(sebuah kawasan di Tabuk)yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian terhadap Rasulullah(s.a.w). Beliau sanggupmembayar jizyah. Kesanggupoan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah(s.a.w) juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk.





Tujuan Rasulullah(s.a.w) berbuat demikian bukan untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau berbuat kejahatan kepada mereka,tetapi Rasulullah(s.a.w)berbuat demikian untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, disamping menyampaikan dakwah Islamiah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pengkalan tentera. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasulullah(s.a.w) dengan tangan yang terbuka.

Hasilnya, kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah (s.a.w)berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan panglima Satria Hercules. Hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar, antaranya:

1- benteng wilayah Tabuk yang semakin tebal akibat kekuatan pihak Islam.
2- Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan kuasa.
3-Bantuan tentera Allah melalui pengutusan malaikat.Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk, mereka telah digentarkan oleh malaikat yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa, dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan perang yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah.

Hal tersebut segera mematah perasaan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun.

setelah segala-galanya selesai, tentera Islam berjalan pulang ke Madinah dengan selamat tanpa seorang pun yang terkorban nyawa. Tentera islam berada di Tabuk selama 20 hari.

wassalam

sumber:
1.Buku "Panduan Lengkap Kehidupan Muslim" karangan Nik Azran Muhamed & Warnidah Wan Abd Razak, terbitan PMRAM.