Pages

Monday, 1 March 2010

SEMINAR VS ACCIDENT

selawat dan salam buat junjungan buat Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta para thabit dan thabien...
MAAF diucapkan kepada sesiapa yg mengenali terutama keluarga tercinta di Malaysia,disebabkan kekangan masa yang terlalu sempit untuk menulis dalam blog,rasa malu pun ada kerana nama blog Dr Muslim...tp tidak sempat untuk menulis article yang bermamfaat untuk semua.

Asalnya banyak di"post"kan,terutama tentang seminar Perubatan kali ke-3 baru ni,tapi apakan daya,ana terpaksa kumpulkan semua benda yang nak di"post"kan dalam satu coretan ini...insyaALLAH,lepas2 ni ana cuba menulis sesuatu yang bermanfaat untuk semua.



SEMINAR VS ACCIDENT
Alhamdulillah.....bermula 17-18 feb 2010,seminar perubatan kali ke-3 berjaya di tamatkan walaupun dugaan dan cabaran yang melanda.Semua itu adalah dugaan dari ALLAH.
Menceritakan detik-detik yang lalu,ana bersama 12 lagi peserta seminar dalam perjalanan ke Kaherah bagi menghadiri seminar PERUBATAN keesokannya.Tiba di satu lokasi(dalam kawansan zagazig lagi la)trenco yang dinaiki cuba mengelak teksi yang tiba-tiba nak buat U turn,tapi terbabas dan trenco yang kami naiki merempuh "divider" jalan....lalu...!!!terbalik(maaf gambar tidak boleh di"upload",nak bluetooth pun x leh).

masa tu pukul 5.30pm,dah nak maghrib da,kami semua yang tak cedera patah balik ke rumah masing-masing,yang cedera dibawa ke hospital dengan "ambulance".Ada yang dah give up dah tuk pergi seminar mase tu termasuk la aku...tp aku kuatkan balik semangat untuk ke kaherah lepas subuh keesokannya.Kalau diikutkan trauma aku tak ok lagi,tambah pula semenjak duduk di mesir dah 2 kali accident dengan tremco,kalau dulu langgar treiler,yang kedua langgar divider dan terbalik.Tapi ALHAMDULILLAH...dua-dua selamat walaupun aku duduk depan skali masa accident kedua.Pemandu sebelah kanan patah tangan(x pasti bahagian mana)zul lak duduk sebelah kiri aku,patah "around neck of humerus" pastu "hematoma" disebabkan "circumflex artery" pada "neck of humerus"... sekarang zul balik berubat kat Malaysia...syfakallah..

Alhamdulillah..,seminar yang kami ikuti kali ini berkisar tentang "PROFESSIONALISM" banyak memberi mamfaat dan membuka minda tentang perlunya professinal dalam diri yang bergelar doktor.Rasanya tak sesuai nak diceritakan panjang lebar tentang isi kandungan seminar tersebut pasa coretan ini,insyaALLAH pada posting yang lain ana akan ceritakan tentang seminar tersebut.Apa-apa pun terima kasih kepada mak dan ayah kerana selalu mendoakan keselamatan dan kejayaan anakmu ini di ardhu kinanah ini.Ingat sahabat2 sekalian doa ibu dimakbulkan oleh ALLAH taala dengan mudah sekali.

mintak maaf banyak2 kerana coretan kali ini agak terabur sikit disebabkan tak de masa nak update selalu blog ni,ni pun tengah tunggu kuliah bahasa arab pukul 11 am,study tak lagi ni..pastu kelas practical physiology pulak .guna pun bukan laptop sendiri tapi laptop kawan sebab sendiri punya tak ada internet.

salam juang buat sahabat-sahabiah sekalian.........................................

0 comments: