Pages

Friday, 24 December 2010

kepimpinan: Antara TANGGUNGJAWAB atau KEMULIAAN


Pemilihan Pimpinan baru PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2011

Salam perjuangan buat semua. Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi.

Tidak ketinggalan bagi sebuah Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir(PERUBATAN) Cawangan Zagazig(PCZ).

Justeru itu , ia mestilah menjadi persatuan yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar penubuhan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat penubuhan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat persatuan mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ).

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli PCZ memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام

"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli PCZ berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang musim mengundi yang ada pemilihan ) tetapi lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.

Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan persatuan yang memperjuangkannya.

Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.

Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC)

Mesyuarat Tahunan Cawangan adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman persatuan, membina generasi pelapis dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . MTC jangan sekali kali dijadikan papan percaturan hak peribadi dan kelompok yang sangat dinilai tertolak oleh syara' .

Semoga MTC tahun ini , yang akan berlansung di Dewan Kuliah Universiti Zagazig(InsyaAllah) akan menjanjikan satu mesyuarat yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan PERUBATAN Cawangan Zagazig.

Selamat memilih kepimpinan baru dan selamat ber mesyuarat...

Info terkini:

http://zaqaziq.perubatan.org

http://jpczagazig.blogspot.com

http://mtczagazig.blogspot.com

Thursday, 9 December 2010

KOSTAQ oh IMTIAZ


Salam Maal hijrah buat sahabat-sahabiah sekalian, apa khabar Al Quran didada,moga-moga sentiasa terus berada dalam ingatan dan diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga ke hari ini.

Rasanya doh 3 tahun tinggalkan alam sekolah...tetiba hari ini teringat balik kehidupan di asrama IMTIAZ Dungun dulu dan b’andingkan dengan kehidupan sekarang tuk muhasabah bersama sahabat se “sekolah” dulu.

Kalu dulu, kita diatur oleh warden untuk ngurus diri, tapi sekarang kita ngatur diri sendiri , makan minum, kain baju, solat jemaah, usrah, dan yang paling penting AL QURAN kita.

Sekadar muhasabah bersama sahabat2 IMTIAZ Dungun yang telah berada dialam Universiti:

1. 1. Kalu dulu, kita bangun subuh awal dan berjemaah skali di surau Ar Rayyan, tapi sekarang kita bangun pagi pukul berapa? solat subuh pukul berapa?subuh gajah pon ada?betul dak?

2. 2. Kalu dulu, kita baca mathurat ,Al Quran dan hafalnya selepas subuh, tapi sekarang, kita buat nape lepas subuh? Sah2 tidur? Btul dak?

3. 3. Kalu dulu pagi2 kita solat dhuha skali kat surau Ar Rayyan, tapi sekarang kita bangun tidur nak ke kuliah pun payah? Dang ke nk solat dhuha?

4. 4. Kalu dulu, kita ngulang Al Quran lepas Asar, tapi sekarang Al Quran dalam pala pun dok tahu duk mana dah.waktu ngulang xdok doh dalam hidup.

5. 5. Kalu dulu solat waktu kita jemaah sokmo, kalu dak kene denda ngan ustaz Zul,ustaz Nik, Ustaz Syuk dan Ustaz Pa..hahaha, tp sekarang orang bang pon buat do no je.

6. 6. Kalu dulu kita ikut usrah kat sekolah, tapi skrg tengok org wat usrah pon rasa lain doh.wase nk lari je..nok ge ,lagilah mustahil...???

7. 7. Hok paling penting, AL QURAN kita....mane ye sekarang eh?kalu tebuk ingat x lagi thu?

Sekadar renungan buat diri sendiri dan sahabat se asrama IMTIAZ Dungun dulu. Ayuh melangkah mencari erti hidup yang sbenor, hidup berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Jangan duk harap orang lain yang berjuang tuk Islam, tapi tanyalah diri sendiri...sejauh mana Islam yang kita bawa untuk dakwah kepada manusia lain. Sian lak tengok bdak2 kat luar nung, hanyut dengan ideologi2 barat dan cara hidup yang jauh dari nusrah Allah, hidup x tentu hala, mayang bang x tahu wat ke dok. Mana perana kita sebagai orang yang pernah kenal Islam sebagai cara hidup?

Kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan sekarang bila lagi?

Thursday, 25 November 2010

Sami Yusuf : No Word Is Worthy



(ENGLISH)
Searched for the words
To describe your beauty
No matter how I tried
No word seemed worthy
Struggled to find
The right words for You
Words just fail to describe
What’s deep inside

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

(URDU)
Zemmeen Aseman, Jinn-o-Insaa bhi
(Earth and the Heavens, Jinn and Mankind)

Teri taa’reefein, Kartey bayan sabhi
(All praise Thee)

Bekhud huey, Dono jahan hi
(So both worlds become intoxicated)

Ruh se nikley, Jab ye kalma…Subhan Allah…
(When the soul recites this one word…Subhan Allah)

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar
(FARSI)
Dar havaye To
(In Your remembrance)

Par migoshaayam
(I spread my wings)

Be omidi ke roozi
(In hope for the day)

Sooye To ayam
(I come to You)

Dar vasfe To
(In describing You)

Jomleha ra gashtam
(I searched sentences)

Kalameyi najostam
(I found no word)

Joz inke gooyam
(Except to say)

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

(MALY)

Ku mencari kata puji
(I searched for words to praise You with)

Buat menemani zikir hati
(Words to instill Your remembrance in my heart)

Namun tiada kalam yang pasti
(But no words are assuring enough)

Yang sesuci kalam ini
(As sacred as these)

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar


English Words: Sami Yusuf
Urdo Words: Mehboob
Farsi Words: Ustad Firooz
Maly Words: Yasin Sulaiman
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Ujian Dipersimpangan


Ku menelusuri jalan kehidupan ini,
kehidupan yang penuh onak dan duri,
kehidupan yang dijanjikan destinasi yang penuh dengan nikmat;
Namum begitu, dalam pelayaran kehidupan ini,
diriku rasa lemah menghadapi semua ujian ini,
lantaran nipisnya iman yang ada dalam jiwa.

kadang-kadang, ku bertanya pada diri,
layakkah aku berada atas jalan ini,
sedangkan aku tahu disebalik perjalanan ini,
terselit seribu satu kebahagiaan,
kebahagiaan bagi mereka yang betul-betul ikhlas dalam pelayaran ini.

Aku bertanye lagi pada diri ini,
kenapa aku masih berada dalam pelayaran ini,
sedangkan aku telah banyak menyusahkan nakhodaku;
Aku bertanya lagi pada diri ini,
sejauh mana hubungan aku dengan penciptaku,
pencipta pelayaran ku ini,
jauh sekali, cukup-cukup jauh,

cukuplah pengajaran terdahulu mengajar ku erti sebuah kehidupan,
kehidupan yang diertikan sebagai sebuah pelayaran,
pelayaran yang menuju destinasi yang kekal abadi.
demi mencari REDHAMU YA RABBI.

alqassam
~1.43am~
~Zagazig city~
~Egypt~

Friday, 19 November 2010

Aidiladha 1431

Pertama kali sambut Aidiladha di Mesir ni rasa juga kemeriahannya bersama kawan-kawan sekuliah. Indah rasanya bila dapat berkumpul bersama. Teringatkan pada sahabat-sahabat lain yang telah lama berpisah dek kerana bertaburan dimuka bumi ini mengutip mutiara-mutiara ilmu demi perjuangan Islam. Teringatkan keluarga, cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan sahabat-sahabat yang mendidik diri aku mengenal erti perjuangan dalam kehidupan. Mintak maaf kalau sekiranya diri ini masih alpa dengan kehidupan walaupun telah cuba menghayati apa itu kehidupan yang sebenar.
selepas solat sunat Aidiladha di Istad Syarqiyyah Zagazig

bertemu dengan sahabat ayah ku Syeikh Mustafa(duduk sebelah aku tu)
yang baca khutbah Aidiladha di Masjid Fatah
bergambar bersama sahabat di zagazig

sekian,wassalam

Friday, 10 September 2010

Rintihan Ramadhan & Salam Aidilfitri 1431H

Sambut Hari Raya 1430H di Perantauan, Ardhil Kinanah

Assalamualaikum sabahat-sahabiah semua,moga2 semua berada dalam keadaan bergembira dengan sambutan hari kemenangan setelah 30 hari mengharungi madrasah Ramadhan yang dikurniankan didalamnya satu malam yang mana kelebihannya melebihi seribu bulan iaitu Lailatul qadar. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt yang tidak terhingga kerana sehingga hari ini aku masih lagi dikurniakan nikmat yang tidak ternilai harganya iaitu nikmat Iman dan Islam. Bersyukur juga kerana pada tahun ni aku bleh balik Malaysia n dang la(sempat la) berpuasa di Malaysia 9 hari dan merayakan Aidilfitri pada tahun ni disisi Keluarga. Alhamdulillah juga kerana pada tahun ni, Allah masih memberi peluang kepada mak ayah aku tuk menyambut Ramadhan pada tahun ini di Masjidilharam, Makkah selama sebulan(balik sehari sebelum raya).

Dalam duk suka2 ni, duk terpikir, adakah Ramadhan pada tahun ni lebih baik dari tahun2 lepas atau bagaimana?aku x boh (nak) tersenarai dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah iaitu orang yang berpuasa, tp xleh apa2 kecuali lapar dan dahaga sahaja. Muhasabah Ramadhan kali ini memang masih mengecewakan,xperlulah disebut disini, terlalu banyak benda2 yang melalaikan sepanjang Ramadhan kali ini, kadang2 jiwa ini lemah memikirkan keadaan diri yang masih lemah untuk bercita-cita dan bergerak untuk Islam, Kalaulah ade interview nk jadi pembawa risalah nabi,sesungguhnya akulah yang mula2 skali ditolak dek kerana kelemahan diri ini yang masih tidak terdaya untuk mertarbiah diri sendiri. Aku tulis bukan nk suruh org orang kata aku ni zuhud ka budak baik ka, tp realitinya hanya diri kita sendiri yang tahu sejauh mana hubungan kita dengan Allah taala.

Aku biarkan semua ini berlalu dengan membawa satu tekad dan muhasabah terdahulu untuk dibawa untuk Ramadhan yang akan datang, Namum begitu, adakah pasti tahun depan Ramadhan 1432H masih lagi dapat digapai oleh aku.

Sekadar merintih dihati dan dilahirkan pada jari jemari ni tuk menekan butang2 keyboard ni tuk menulis semua ini. Cukup sekadar ini untuk dikongsi bersama untuk sama2 muhasabah diri untuk kegemilangan dan kekuatan kita pada masa hadapan.sesungguhnya mukmin yang membuat maksiat dan sentiasa bertaubat itu lebih baik daripada mukmin yang selalu beribadat kepada Allah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

wallahua'lam...

Saturday, 21 August 2010

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.


Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.


Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu.Begitulah nasib tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.


Berkait isu Palestin


Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam.Sebab utamanya, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.


Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atauRemembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa.


Adalah diharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara terus lagi haram oleh rejim Zionis.


Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.Sementara itu, antara aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung membeli-belah dan sebagainya.


Tuesday, 10 August 2010

AHLAN YA RAMADAN


Malam ni dah masuk 1 Ramadan 1431 daa....
rindu Ramadan kali ini terbuak-buak,berbeza dengan tahun sebelum ini, Alhamdulillah tahun ni skali lagi sambut Ramadan di perantauan tanpa keluarga di sisi,tahun ni pun mak dan ayah sambut Ramadan di Tanah Haram Makkah selama sebulan, termakbul sudah hasrat mak ayah untuk sambut Ramadan di Makkah selepas menahan rindu Baitullahil Haram selama 8 tahun selepas buat Haji dulu.

Bila baca blog kak Yah,kabo plak man dan salam kat umah x habis2 nangis ingat ke mak dan ayah sampai terbawa bawa dalam mimpi, sampaikan abg wahid dan kak yah pon sebak dan nangis skali, sepanjang hidup aku, tak pernah skali pon aku tengok 2 orang ni nangis sbb aku tau memang diorang ni kuat bukan macam aku nangis sokmo. tp dek kerana tengok adik2 nangis rindu mak ayah..habis semua sebak.

Sekarang rasanya mak ayah dah sampai kot kat Kota Madinah selepas transit flight Royal Jordanian kat Amman,Jordan 3 jam.Mohon doa dari adik beradik dan sahabat yang lain mendoakan moga2 selamat pergi dan balik serta diterima ibadat mereka.

Buat adik2 kat umah, jgn sedih plak...sebulan je mak pergi..kekgi balik la ye..insyaallah

Di kesempatan ini, ingin ku pohon maaf kepada sahabat sahabiah kalau2 ade buat salah pada kalian,doakan moga Ramadan kali ini menjadi MADRASAH TARBIAH buat kita yang bergelar muslim ini.

Kullu a'mm, wa antum bikhair...

wallahua'lam.

Thursday, 5 August 2010

Buat Teman-teman

Salam pertemuan,salam perjuangan buat teman-teman...


saje sajikan buat teman-teman seperjuangan nasyeed ni buat tatapan kita semua, setiap dugaan mehnah dan tribulasi yang terjadi semestinya ada hikmah disebaliknya, tapi apa yang penting perjuangan ini mesti diteruskan.Yang lepas xkan kembali lagi,tp masa depan kita tetap kita yang rencanakan dengan kehendak ALLAH SWT.Malu untuk diri ini mengatakan kita seorang pejuang,tp bila diuji oleh ALLAH SWT kita jatuh,kita tertekan dan kita lari dari hadaf kita.Walaupun ia belum terjadi, tp beringat la wahai sahabat, kita ada ALLAH. Walau apa pun yang terjadi, kita masih ada tempat pergantungan.kita hadapi sama-sama sebab suata hari dahulu kita pernah berjanji susah senang kita hadapi bersama.Cita-cita kita bukan untuk kemenangan didunia sahaja, bahkan untuk akhirat yang kekal abadi.


Aku sentiasa bersama-sama mu teman, dalam susah,dalam senang.Kadang-kadang kita susah menyatakan kita sayang sahabat kita. Tp percayalah,dengan ukhuwah yang kita bina, dengan tarbiah yang kita terima, kasih sayang ini mesti sentiasa mengelilingi kita...insyaallah... kita tidak keseorangan.....

~khas buat teman-teman seperjuangan~

Abd Hakim b Mohd Suhimin
Maukif Tanta Khadim,
Az Zagazig, As Syarqiyyah,
Arab Republic of Egypt.

Monday, 5 July 2010

Peperangan Tabuk

Assalamualaikum sahabat- sahabat sekalian, minta maaf sebab lama tak "update" blog ni.Semenjak Hari Guru dulu lagi ana tak sempat nak "update" dek kerana perlu menyiapkan blog rasmi Unit Pembanguana Insan PERUBATAN Cawangn Zagazig bersama Lajnah Risalah UPI dan juga menghadapi "Final Exam" untuk tahun 2.Moga-moga keputusan yang bakal keluar pada akhir bulan JULAI nanti menatijahkan kejayaan walaupun diri yang lemah ni rasa malas nak study tahun ni.Memang berbeza dengan tahun lepas. Pejam celik, hari ni dah 23 Rejab.Maknanya, Sya'ban dan Ramadan akan bertemu kembali.Tapi adakah diri ini diberi peluang oleh Allah (s.w.t) untuk bertemu Ramadan tahun ini? dan adakah diri ini sudah bersedia untuk menghadapi bulan tarbiah daripada Allah ini? .di kesempatan ini ana nk kongsi satu sirah Nabi Muhammad (s.a.w) dalam bulan Rejab yang mulia ini.Tulisan ini ana ambil daripada blog UPI PCZ yang dikarang oleh ana sendiri dalam blog tersebut.

Peperangan ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah bersamaan 631 Masihi.Ia merupakan peperangan terakhir Rasulullah (s.a.w).

Selain daripada Tabuk,peperangan ini juga di panggil "Ghazwatul 'Asrah'". Ia bermula apabila Raja Rom mempersiapkan tentera-tenteranya yang dipimpim oleh panglima Satria Hercules di Syam untuk berhadapan dengan tentera Islam. Beberapa kabilah Arab yang beragama Nasrani turut bergabung dalam pasukan tentera musuh iaitu kabilah Lakham,Jazam,Ghassan dan 'Amalah. Barisan mereka mengambil tempat di Balqa' iaitu sebuah perkampungan kecil dalam wilayah Damsyik yang terletak di antara Syam dan Wadi Qurra.
Apabila berita tersebut sampai kepada Rasulullah (s.a.w), Baginda terus menghantar bala tenteranya yang berjumlah 30 000 orang tentera pejalan kaki dan 10 000 tentera berkuda ke Tabuk yang terletak di antara Hijaz dan Syam. Disamping itu Rasulullah (s.a.w) juga menyeru umat Islam supaya mengorbankan harta benda demi kemenangan Islam.

Maka datanglah Saidina Abu Bakar (r.a) menyerahkan semua hartanya yang berjumlah 40 000 dirham. Saidina Umar pula menyerahkan separuh hartanya, manakala Saidina Uthman menyerahkan hartanya yang begitu banyak sehingga boleh membiayai satu pertiga daripada keperluan tentera.

Dipermulaan peristiwa sebelum Peperangan,umat Islam bersepakat sekiranya tentera Rom benar-benar bersedia untuk berperang, mereka berhasrat untuk mengadakan pertempuran di luar kawasan kota suci Makkah dan Madinah.Akhirnya mereka bersedia bertempur dengan musuh di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Melalui permulaan peristiwa peperangan itu Allah telah menurunkan firmannya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman,perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta bersama orang yang bertaqwa".
(at-taubah:123)

Berita persiapan peperangan itu telah mendapat reaksi besar daripada masyarakat Arab dibawah pemerintahan Rasulullah (s.a.w). Seorang ketua munafik Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai telah meminta izin kepada Rasulullah(s.a.w) untuk menyertai peperangan. Sebilangan dari kaum munafik tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah (s.a.w) bersetuju menerima permohonan Abdullah bin Ubai, namum Allah telah menegur perbuatan Rasulullah(s.a.w) dengan menurunkan firmannya dalam Al Quran yang bermaksud:

"orang yang ditinggalkan(tidak ikut kemedan perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah(s.a.w) dan mereka tidak suka berjihad(menegakkan agama Islam)dengan harta dan jiwa mereka dalam jalan Allah, dan mereka berkata:janganlah kamu berangkat(pergi berperang) dalam panas terik ini. Katakanlah(wahai Muhammad):api neraka lebih panas, jika mereka mengetahui".
(At-Taubah:81)

Lalu Rasulullah tidak menerima permohonan kaum munafiq untuk mengikuti peperangan.

Dalam perjalanan menuju Tabuk, umat Islam telah diuji dengan kekurangan air dan cuaca yang begitu panas. Tentera Islam mengadukan hal ini kepada Rasulullah(s.a.w), lalu Rasulullah(s.a.w)berdoa kepada Allah.Lalu Allah memakbulkan permintaan RasulNya dengan menurunkan hujan yang lebat sehinggakan umat Islam dapat minum dan mandi sepuas-puasnya.

sesampai angkatan tentera Islam di Tabuk, Rasulullah bersamaangkatan tentera Islam telah mengadakan "perjanjian damai" dengan penduduk sekitar Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi dan berbuat jahat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah(sebuah kawasan di Tabuk)yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian terhadap Rasulullah(s.a.w). Beliau sanggupmembayar jizyah. Kesanggupoan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah(s.a.w) juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk.





Tujuan Rasulullah(s.a.w) berbuat demikian bukan untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau berbuat kejahatan kepada mereka,tetapi Rasulullah(s.a.w)berbuat demikian untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, disamping menyampaikan dakwah Islamiah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pengkalan tentera. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasulullah(s.a.w) dengan tangan yang terbuka.

Hasilnya, kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah (s.a.w)berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan panglima Satria Hercules. Hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar, antaranya:

1- benteng wilayah Tabuk yang semakin tebal akibat kekuatan pihak Islam.
2- Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan kuasa.
3-Bantuan tentera Allah melalui pengutusan malaikat.Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk, mereka telah digentarkan oleh malaikat yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa, dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan perang yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah.

Hal tersebut segera mematah perasaan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun.

setelah segala-galanya selesai, tentera Islam berjalan pulang ke Madinah dengan selamat tanpa seorang pun yang terkorban nyawa. Tentera islam berada di Tabuk selama 20 hari.

wassalam

sumber:
1.Buku "Panduan Lengkap Kehidupan Muslim" karangan Nik Azran Muhamed & Warnidah Wan Abd Razak, terbitan PMRAM.

Saturday, 15 May 2010

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU...!!!!
Buat guru-guru ku yang mengajar daku sehingga mengenal erti kehidupan yang sebenar...
Terima kasih buat kalian semua,tanpa kalian...apalah erti dunia ini...
Istimewa buat guru-guru ku........


semasa kecil, semestinya mak dan ayah menjadi murabbi ku,terima kasih mak ayah kerana mengajar kan daku sejak dalam kandungan lagi, mengajar untuk mengenal sang pencipta...
.

Buat guru-guru ku,
Pusat Asuhan Tunas Islam Al Fikrah,Teluk Pasu
Sekolah Kebangsaan Teluk Pasu
Kolej Sains Dan Teknologi Al Quran YT-Besut
Sekolah Menengah Sains Agama YT-Dungun
Sekolah Menengah IMTIAZ Dungun
Kolej Matrikulasi Kedah,Changlun
University Of Zagazig...
.

Tidak dilupakan kepada semua kawan-kawan atau kenalan yang pernah mengajar atau memberi ilmu kepada aku...
"sesungguhnya sesiapa yang pernah memberi ilmu kepadaku walaupun satu perkataan adalah guru kepada ku" (mafhum dari kata-kata Saidina Ali RA)


Monday, 10 May 2010

Muhasabah Diri


Sudah berapa kali melihat video ni,namun setiap kali melihat air mata akan keluar.Terkenangkan keadaan diri yang tidak pernah bersyukur dengan kurnian ALLAH Taala..aku tidak tahu mana salah silapnya, rasa diri macan sudah tidak berguna lagi hidup dunia ini.Amanah yang tidak tertanggung oleh aku dalam menempuh onak dan duri dalam kehidupan ini..ungkapan ku berjalan menyelusuri dunia untuk mencari bekalan buat bekalan untuk akhirat menjadi retorik semata-mata.Realitinya hanya ALLAH Taala saja yang tahu..tidak tahu dah berapa banyak maksiat yang aku buat,tidak tertanggung dah diri ini menghadapi kehidupan ini......
.
.

Namun,aku tetap tidak berputus asa,lantaran kasih sayang ALLAH Taala tidak mengenal sapa2.Tapi aku tetap begitu....aku tak sanggup mati ku dihiasai dengan maksiat kepada ALLAH....aku tak mahu hidupku di takuti oleh bayangan sendiri.Aku tahu ALLAH tidak akan membebankan kita jika kita tidak mampu.Iman ku tak stabil,kadang2 naik,kadang2 turun...aku takut,di saat iman ku turun...masa itulah aku di ambil nyawa.Aku tak tahu bagaimana keaadaan ku di akhirat kelak.....
.
.

Aku tak tahu kenapa kali ni berani benar aku merintih dengan jari jemari aku menulis di laman blog ni.Jauh di sudut hati,aku malu sangat...malu dengan dosa yang telah dibuat,malu dengan ALLAH Taala yang menjadikan diriku sempurna,ada telinga,ada mulut ada hidung dan segalanya.Tapi adakah aku gunakan semua ini kejalan yang diredhaiNYA....tidak terkata kalamku,hanya jari jemari ini saja menulis berpandukan isi hati yang terbuku sejak lama dahulu...
.
.

"Ya ALLAH,ku pohom ampun dari mu,aku tau aku memang tidak layak untuk syurgamu,tapi jauh sekali untuk aku meminta neraka bagi diriku,aku tak sanggup Ya ALLAH..aku tak sanggup Ya ALLAH...tanamkan dalam diri ku ini sifat takut kepadamu sentiasa Ya ALLAH...,hiasilah diriku dengan selalu mengingatimu Ya ALLAH,golongkan aku bersama orang yang bersyukur Ya ALLAH".
.
.

AMEEEN....Ya ALLAH...

Sunday, 9 May 2010

Buat Tatapan keluarga, Guru-guru & Kawan-kawan

Terasa nak letak gambar-gabar ni semua,teringat kenangan-kenangan lama yang mematangkan diri yang serba kekurangan ini...
Bermula dengan pengajian ku di Kolej Sains & Teknologi Al-Quran Yayasan Terengganu,Besut(KOSTAQ-YT Besut) satu ketika dahulu.
ni lah cikgu cekgi masa belajar di Kostaq dulu,dapat tarbiah yang baik daripada mereka.Beruntung rasanya dapat bersama -sama mereka dalam menghayati cara hidup Islam yang sebenar...
Namun,pertemuan kita tak lama dek kerana ada orang yang dengki dengan cara kita,kita dipisahkan, tapi hati kita tetap bersatu atas nama Islam...

IMTIAZ Dungun(kostaq yt dungun=>sek men sains agama yt-dungun=>IMTIAZ Dungun)
perjalanan tetap diteruskan,sejarah tetap terpahat dihati kami,walaupun dinafikan oleh realiti.
ku sahut cabaran ini,ku lalui sehingga tingkatan 3 di sini

Bermula di tingkatan 4,di buka komplek baru untuk pelajar menengah atas,aku dan kawan2 mula berpindah di kawasan ini..indah nyaman suasana sekolah ditepi pantai.Hari2 tengok pantai.Sekarang duk kat zagazig, mesir payah sekali nk jumpe pantai yang ade hanye lah sawah gandung saja.

BUat sahabat 1st batch kostaq(2nd batch graduate IMTIAZ Dungun)..walaupun bertaburan keserata dunia mencari ilmu,namun yakin lah satu hari nanti kita pulang membawa panji-panji Islam buat agama kita....

Ku teruskan lagi perjuangan ku di bumi Kedah,Kolej Matrikulasi Kedah,Changlun...tak lama di sini,hanya sempat 1 sem ja,tp banyak kenangan aku di sini....tak tahu lah canne lah diorang boleh lantik aku jadi timbalan presiden Pusat Islam 08/09,rasa malu pon ade.tak mampu laksanakan tugas dengan baik sepanjang berada di sini,ditambah lagi dengan subject yang dipelajari makin susah.apa2 pun terima kasih buat sahabat2 yang sama2 bantu aku semasa berada di kolej ni...
kenangan bersama tak akan dilupa sampai bila..insyaallah

gambar kat atas ni masa pergi Program Khidmat masyarakat peringkat Kebangsaan 2008,
ni kat Matrik Pahang,nak bertolak ke tempat program bersama kawan2 matrukulasi seluruh Malaysia di Felda Tasik Chini,Pahang

gambar ni amik masa kelas praktikal kimia semasa sem 1 dulu,bergambar dengan kawan sekelas syafiq,budak KISAS...masuk je sem 2,sempat sebulan kot,awal bulan 1 /2009, keluar matrik sebab dapat amik Perubatan kat Mesir,University of Zagazig.
haaa..ni masa transit kat Kuwait International Airport, on the way ke mesir pada 9/1/2009.
masa ni bersama-sama Omar,Farhan,Faiz,Akram,Amirah,Haizum dan....lupa dah nama sorang lagi,mintak maaf banyak la..
l
Baru 2 minggu sampai mesir,cuti musim sejuk daa,pa lagi,masa tu tak tau sangat nk buat apa,last2 ikut kawan-kawan mengembara ke semenangjung sinai,menjejaki perjalanan Nabi2 terdahulu,kagum pun ada,sebak pun ada melihat alam ciptaan ALLAH sepanjang perjalanan di semenangjung sinai ni..x larat nak cerita daaa..

langkah terus cerita selepas tamat Final Exam 1st year,tahun ni tak balik Malaysia,jadi beraya lah bersama kawan2 yang tak balik kat mesir...selepas je raya,jalan2 lah sekitar mesir.ni plak cerita gambar kat atas,pasal accident.....masa ni on the way ke Kaherah dengan Amir,Dr Syam,Dr Hadi,Ust hidayat (bp sekarang),Ust Anas Zharif dan Ust solih..sampai kat highway Belbis(belbis adalah tempat Islam mula2 sampai kat mesir),masa ni maghrib,so gelap la,lampu trenco(microbus) die x buka,perangai arab memang canni.Dengan bawa laju kat highway,tetiba buka ja lampu trenco,aku nampak satu lori treler sedang buat U turn dari arah jalan bertentangan,so,faham2 sendiri lah kalau lori panjang buat U turn,habis semua jalan di amik,rentang satu jalan tu,pas2 trenco aku naik ni brek mengejut la,pastu elak dengan masuk ke arah jalan bertentangan,tp x lepas terus rempuh belakang lori tu,dah le depan mata jadi,rasa macan gempa bumi ja,gambar kat atas ni aku amik ngan camera yang x hancur masa tu,aku pegang kat tangan masa tu,tp x terlepas,lepas trenco tu pusing 2,3 kali baru berhenti,semua meraung ja,alhamdulillah..hidup lagi,masa tu takbir ja bleh sebut kuat2,mati depan mata dah...cerita panjang lagi,tp x larat da,tp semua dah tau kot,ni cerita lama,tp masa ni aku sorang ja berani snap gambar,yang lain semua layan sakit,aku pecah mulut,berdarah,lebam2 kat badan...gambar atas tu masa dalam ambulan ke Hospital belbis,pastu pindah Hospital Ahrar,pastu pindah lagi ke hospital universiti zagazig,bleh bayang dak canne kalau accident kat negara orang,accident kul 7.20pm,dapat rawatan Hospital selepas pindah2 sampai kul 3.00am.
tak larat sangat2 masa ni,tapi buat gagah jugak sbb masa ni,aku kira aku paling xde serius sgt2 yang lain,ade gak patah2,semua dah tau kot ,malas ni cite.

2 minggu selepas accident pulak jadi ajk kecil Unit disiplin Majlis Pembacaan Kutub Sittah 2009,dengan bibir yang masih berdarah sikit hasil accident sebelum tu,aku gagahkan juga sbb Majlis ni penting,dalam 2 minggu tu aku dapat pengalaman paling buruk dan pengalaman paling manis dalam hidup,buruk nya,accident sbb x pernah accident dan masuk hospital walaupun kat Malaysia,lahir pun kat umah.yang manisnya dapat jumpa dan berkhidmat sebagai Body Guard kepada khibaril ulama' Al Azhar terutama sekali dengan Mufti MESIR yang dikenali seluruh DUNIA,Sheikh Ali Jumaah...kat sini mintak maaf pada salah seorang sahabat semasa sekolah dulu Al Amin salleh sbb tak dang nk bagi enta bersalaman dengan sheikh sbb ramai sangat orang serbu masa sheikh bergerak ke kereta tuk pulang....terima kasih gak sebab bagi selipar kat ana sbb kaki dah melecet pakai kasut kulit dari pagi hingga petang...apa2 pun enta tetap hebat,sekarang blog pon dah meletup kat mesir skali dengan blog ust Mujahid...hehehe,guroo jaa...

Dari kiri:Al Muhaddis As Sheikh Ibrahim Al-Kattani, As Syeikh Ali Jumaah, As Syeikh Jamal, dan As Syeikh Usamah Sayyed Azhari(menantu As Syeikh Yusri Al Jabbar)
ni pulak masa akhir bulan 12,pergi bawa adik2 smart circle(usrah) berjalan2 kutip kerang sambail buat smart circle di Dumyat(Damieta).Pantai nya mengadap laut Mediterenium (betul ke eja canni???)
haaa...ni plak accident ke 2 sepanjang duk Mesir ni,semua disebabkan masalah U turn,Alhamdulillah,ALLAH masih menyelamat kan aku daripada kecelakaan,masa ni on the way ke Kaherah untuk menghadiri Seminar Perubatan di Cairo university Conference centre,Faculty of Medicine,Kasr Ainy....aku duk kat depan skali sebelah kanan pemandu ,ammu A'zim,sebelah kanan aku zul duduk,masa accident tu ,elak teksi yang tiba2 nk buat u Turn,pastu crash divider simen kat u Turn tu,pastu terbalik,gambar atas tu selepas di angkat oleh orang ramai,trenco ni berdiri balik,kat cermin tu,yang bulat tu...haaaaaa,tu bekas muka ammu A'zim,aku sempat bersedia bila tengok dah nk accident...orang sebelah aku patah tangan,zul...humerus die patah,ammu A'zim patah kat tangan,x pasti kat mana....,alhamdulillah,macam dulu gak darah sikit kat muka,lebam2 badan,ckit ja...

tremco ammu A'zim yang baru je dibeli mengganti tremco yang lama

pecah semua cermin2

gambar tempat aku duduk,x tau lah canne bleh selamat, hanya ALLAH saja yang tahu..

zul yang x leh gerak tangan die..dikelilingi mak cik arab,pelik gak masa tu,macam mana diorang ni kapas,iodine n macan2 alat2 perubatan,ntah mak cik arab ni amik kat mana tau,ambulan x datang lagi...kawasan kampung lak tu...apa pun terima kasih lah kat mak cik2 arab ni,die rawat macam tengok anak sendiri sakit,baik giler....

keadaan selepas tremco diangkat kembali

dalam tremco,semua tercabut....kali ni aku jugak sorang2 beranikan diri snap gambar ni,orang tengah sakit,bleh plak die snap gambar..pastu patah balik ke zagazig....rasanya sempat ke pergi seminar esok ni...keesokannya selepas subuh terus bertolak ke cairo ramai-ramai...seminar tetap pergi...

ni bergambar ramai2 peserta seminar selepas 2 hari berseminar yang bertemakan "PROFESIONALISM"...ramai dak,ni dalam 600 orang kalau x silap.

muka2 mangsa kemalangan..hehehe,peserta seminar daripada University of Zagazig

ni gambar masa nak pergi bayar yuran kat Universiti,ooo rupa2 nya ade demonstrasi daripada pelajar ikhwan muslimin Universiti zagazig,demo pembebasab Palestin,amik gambar je, tak berani join,takut Polis nampak,kene tangkap plak,payah kekgi. Pelajar2 ikhwan ni bleh buat aktiviti mereka secara terbuka kat Universiti je,sbb peraturan luar x leh campur dengan dalam universiti,tapi agak2 ah,kat dalam polis tengok je demo ni,keluar je universiti kene tangkap la diorang ni...apa lah pemerintah mesir ni,orang nk bawa Islam dihalang...bila lah pemerintah diorang nk nk tukar kepada Islam yang syumul,...xleh cakap banyak2,jap lagikan aku plak kene tangkap kan sbb amik tau tentang politik diorang,harap diorang x faham bahasa aku ni...

ikut perkiraan lebih 5000 berkumpul ni,sebak aku tengok demo ni,dengan laungan takbirnya,rasa macam Islam dah menang dah takluk DUNIA ni.....insyaallah...JANJI ALLAH pasti berlaku..

ni pergi semenangjung sinai buat kali kedua,ni masa kat nuktah hasinah,bekas kubu Israel yang ditawan oleh tentera mesir masa perang merebut kembali semenangjung sinai dari Israel pada tahun 70-an....tu bukan tentera Israel yeee,ni tentera Mesir yang jaga kubu ni..

ni naik bot nk ke kubu Solahuddin Al Ayyubi kat tengah laut Teluk Aqabah,dekat dengan sempadan Palestin(saya tidak mengiktitaf israel ye,itu tanah palestin)

ni lupa da kat mana

belakang tu kubu solahuddin Al Ayyubi,zaman dulu dah canggih daa,memang canggih sistem ketenteraan solahuddin dahulu.....ni pergi masa cuti musim sejuk 2010..


selepas cuti ja,orang mencalonkan aku tuk jadi ajkt PERUBATAN Cawangan Zagazig 2010/2011...takut pun ade,rasa macam tak mampu tuk galas banyak sangat tangungjawab...terkenangkan diri ni yang serba kekurangan.Apa2 pun,aku mintak sokongan dari kawan2...pandulah diri ku ke jalan yang benar,insyaallah aku buat yang terbaik untuk korang,setakat kemampuan yang ada,mohan mak ayah doakan anak mu ini sentiasa berada dalam keredhaan ALLAH....ameen

barisan AJKT PZC 2010/2011
moga tanggungjawab yang diberikan ini dapat kita laksanakan dengan jayanya......
insyaALLAH
ni gambar dari beranda umah yang baru pindah,dikelilingi sawah gandung,sebijik macan sawah padi kat Malaysia..Bangunan kat sebelah kiri tu adalah kuliah Al Azhar cawangan Zagazig,kat bawah tu kereta api "ayam".x tau lah sbb ape orang melayu kat cni cakap canntu,may be sbb dalam kereta api ade saja,kambing,lembu,ayam dan macam2 yang arab bawa......


sekian saja buat tatapan keluarga,kenalan2 yang berada di Malaysia atau di Mesir.

#makluman:gambar ni ana amik dari FACEBOOK,kalau sape yang x suka ana letak gambar dalam blog ni,marah la FB yeee....jgn marah ana ye