Pages

Friday, 17 July 2009

Anugerah BAIT MITHALIII......hahaha


"untuk Anugerah Bait Mithali bulan julai dimenangi oleh Imarah mama Sarah",kate pengerusi majlis........
punyelah lama tunggu MC ni umum,
"bait mane satu ni,kat imarah mama sarah tu ade 4 buah umah pelajar malaysia"kata hati ku......
"sya'ah (tingkat)7"
terkejut besar aku....
umah aku ke............
aku ngan farhan terkejut besar.....




haaaa....ni lah anugerah nye yg ahli bait aku dapat....

"Dr Abd hakim"......
haaaaaaaaaaa,tu name aku tu..hehe

dengan segala hormatnye,
bangun lah aku bersalam ngan Ustaz faiz(pengerusi DPMZ)
ops....kat frame tu tulis 2008...hehe pihak penganjur salah tulis..

X sangka lak umah aku yg dapat,
tapi rase dihargai juga,
memang impian kita hidup dalam keadaan aman,
bersama ngan ahli bait,
ingat lagi mase mula2 masuk umah baru kami kat imarah mama sarah ni
"kita duk mesir ni bukan sehari dua,tapi 6 tahun,jadi jaga
lah hubungan sesama kita,jgn gaduh2 lak,
kita xde sape x mesir ni,mak ayah kat malaysia,
jadi kawan2 lah tempat kita mengadu".
itu lah kata2 kita org mase datang ke mesir pada januari 2009.



uiiih...betoi ko ni anigerah ni bait aku dapt ni,macam x caye je

baru td bersembang ngan farhan mase MC gtau ciri2 bait mithali
untuk pengetahuan sahabat2,Bait Mithali ni
satu program yg dianjurkan oleh
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA ZAGAZIG(DPMZ)

ni lah ahli bait aku kat salam sa'nawi,imarah mama sarah sya'ah 7:



paehhh...

farhan...
omar.....
haaa...ni lah aku...

moga2 dengan anugerah ini ahli bait aku menjadi lebih baik lagi....
saling menegur antara satu sama lain....
bantu -membantu.....
elakkan perseketaan.....
moga hidup kita disinari cahaya redha ALLAH
..................AMIM...................



Thursday, 16 July 2009

MUHASABAH DIRI.......




Salam mahabbah,salam ukhwwah buat sahabat sekalian………

Setelah tamat program kolokium ilmuan 3,4,terdetik dihati ini,sejauh mana aku sebagai hamba ALLAH dimuka bumi ini melaksanakan tanggungjawabku untuk agama ALLAH. Bukan itu saja,jika difikirkan kembali hadis Nabi kita yang bermaksud

“barang siapa yang berkata laailaha illa allah,dialah dai’e”.

Timbul persoalan di sini,apakah telah ku lakukan sebagai seorang Dai’e, pada agama ALLAH. Adakah hanya menyokong dari belakang sahaja. Keadaan dunia sekarang tidak berhajat lagi pada penyokong sahaja,tetapi pendokong amat diperlukan untuk sama2 menegakkan agama ALLAH .

Tamat je program tu….terlintas di hatiku untuk menilai kembali diri yang hina ini,adakah layak untuk aku memikul tanggungjawab ini. Lantaran itu,ku meniliti sati persatu sifat2 yang perlu ada bagi seorang dai’e yang dipetik dari Imam Hassan Al-Banna:

10 Muwasofat Tarbiah-Buat yang Bergelar pejuangan agama ALLAH

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini
'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

1. Akidah Yang Sejahtera(Salimatul Akidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadat Yang Betul(Sahihatul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak Yang Mantap(Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Mampu Berusaha(Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji
dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Berpengetahuan Luas(Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan
kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri
dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan
kaedah serta rahsia hukum yang penting.

6. Kuat Tubuh Badan(Qawiyyul Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih
baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada
kebaikanan
· Pesanan al-Banna:
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang
merosakkan badan

7. Mampu Melawan Nafsu(Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak
biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu(Haarithun ala Wakthti)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..Aku adalah makhluk
baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun Dalam Urusan(Munazzamah Fi Syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10.Berguna Untuk Orang Lain(Nafiiun li Ghairih)

· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung
kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah
bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

“YA ALLAH,KU MEMOHON KEPADA MU SAHAJA YA ALLAH,THABAT KAN LAH DIRIKU DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA MU,SESUNGGUHNYA TIADA YANG TERBAIK BAGIKU,SELAIN MENDAMBAKAN REDHAMU YA ALLAH”

Monday, 6 July 2009

Exam Tangguh lagi!!!!


salam mahabbah sahabat2 sekalian,
haa,hari ni pun tulis dalam keadaan letih gak ah,baru balik kuliah..hari ni kelas paling panjang.Mula pada pukul 7.30am-3.00pm...agak letih ah tp kuliah anatomy(11am-1pm) td terpaksa diponteng..entah lah tetiba je perut meragam,,lpas abis kliah physiology(respiration),terus ke surau department science....mungkin makan bende pedas kot semalam,x tahu lah sejak smpai mesir ni,bleh kata semua makanan ak makan akan sakit perut..x bese kot,2 jam iktikaf kat surau tu macan2 ak fikir,dari sekecil2 perkara sehingga lah sebesar2 perkara...agak pening ah.selepas solat sunat dhuha....(huhuhu dah lame ak tinggal kan,apalah diri ni yg hina di sisi ALLAH taala)buat soalan anatomy jap,Alhamdulillah,siap 2 soalan...

tengah2 buat soalan,datang seorang ammu(pak cik) tanye aku,mula2 nye ak payah gak nk faham,sbb pekat sangat bhasa arab ammiah die:

ammu:nak2 pukul brape sekarang?
aku:na'am ya amm(pe die pak cik)?

aku mintak kepastian,sbb x jelas die cakap pe...

ammu:sekarang ni x azan zohor lagi ke??
aku: aiwah !!!! masyi ya amm,zuhr ba'da saa't wahdah(ya pak cik,zohor lpas kul 1pm)
ammu:syukran ya syabab...

ak perhati je pak cik ni,pastu die terus ke depan surau and"ALLAHUAKHBAR"
OOOO....baru ak tahu rupe2nye die nk solat sunat dhuha....

lpas pak cik tu abis 2 rakaat,terus kliar surau ,sementara aku menunggu waktu zohor masuk...
sebelum masuk waktu zohor,ramai dah jemaah masuk ade yg solat sunat dan ade yg rehat,sejak aku duk kat surau tu ramai jugak pak arab masuk tuk solat dhuha...
teringat lak kat sekolah dulu,sejak form 1 kene wajib solat dhuha kat sekolah walaupun sunat..
sekadar mendidik,tp sekarang ni dah lame rasenye x buat,ya ALLAH, lame nye ak lalai dari selalu mengingati mu...





ni lah ammu tengah solat dhuha...
lepas je solat zohor aku bergegas ke kuliah biochemistry....tuk2 tengok jam...ya allah!!!! dah 20 minit terlambat ni,mati lah aku,dah la sorang2....ah masuk jugak lah..malu x malu lambat,akhir nye masuk jugak...terus ak duk tepi afif(classmate ku).

aku:afif,kat mane dah die ajar
afif:dah abis dah vitamin E,sekarang nk blajar vitamin k dah
aku:nasib baik subtopic vitaminE tu 2 page je...
afif:senang je....bace sendiri pun bleh..
aku:ye lah tu fif

duk2 tengah kuliah,afif tunjuk ak satu benda.....hakim tengok ni....smart dok #$%^.........???
pe die ni,ak smart ge ah(berseloroh ak)....hehehe..pastu lecturer nmpak,abis lah aku kene lah

ak memang x leh kene marah kat cikgu,memang dari sekolah dulu lagi,muka ak akn jadi merah(berubah),,aku masih sempat cover lagi.....

doktorah:I want to ask you two????????
ak dah mula mengelabah dah,tp sempat lagi cover,pastu ak x tahu doktorah tu marah kan ape,sebab terlalu kaget.....rasenye die marah kan kitaorang main dalam kelas mase die ajar.
soalan die pun ak x thu ape,dua2 senyap x terkata.....sekelas senyap...

dalam hati aku.....""a''fiiiiiiif,ko la ni,abis aku skali kene"""......sape suruh layan die.....ak jugak yg salah....

abis kelas biochemistry,ade perjumpaan ngan profesor dr omar,coordinator of malaysian students...dapat berita EXAM KITA ORANG TANGGUH LAGI"""""asalnye 25 july ditangguh ke 10 august 2009,gembira pun ade,sedih pun ade,,,,knpa lah lambat sangat ni?cuti mesti kene burn,nampaknye tahun ni cuti bulan puasa je lah,Hari Raya ke-3 dah mula kuliah tahun 2 dah..

pastu terus balik umah naik trenco(kenderaan awan yg famous kat mesir)............

on the way ke umah,sempat lagi snap gambar pak cik yg bawa barangan besi ngan kereta himar(keldai)....ya ALLAH kesian nye ak tengok himar ni,ni gambar atas jalan depan imarah(flat) aku,tp sebelum sampai cni,aku tengok pak cik ni paksa himarnye naik bukit....ya ALLAH seksa nya himar ni!!!...dah naik bukit separuh dah,berundur balik kereta tu kebelakang..berat sangat barang yg die bawak...

lepas masuk pintu imarah snap gambar himar tu
pak arab tu x nnpak,bimbang kene marah lak
ok lah,nk rehat lak....ade mase insyaallah,akan ade lagi posting lepas ni,doakan ak berjaya didunia dan akhirat yerk sahabat2 ku,juga doakan aku x lari dari perjungan dalam menegakkan islam bersama sahabat2 ku yang lain"""'a'laikum bil jaamaah"
wassalam........




Thursday, 2 July 2009

HALAL DAN HARAM



“wahai manusia,makan lah (makanan) dari yang halal dan baik yang terdapat di bumi,dan jangan lah kamumengikuti langkah2 syaitan,sesengguhnya syaitan itu musuh yang nyata”

(Surah Al-baqarah:168)

“diharamkan bagimu(memakan)bangkai,darah ,daging babi,dan haiwan yang disembelih bukan atas(nama)Allah,yang tercekik,yang dipukul,yang jatuh,yang ditanduk,dan diterkan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih.Dan (diharamkan pula)yang disembelih untuk berhala.Dan (diharamkan pula)mengundi nasib dengan anak panah kerana itu suatu amalan yang fasik.ada hari iniorang2 kafir telah putus asa untuk(mengalahkan)agama mu,sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka.Takutlah pada-KU.Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu untukmu,dan telah aku cukupkan nikmat-KU bagimu,dan telah ak redha islam sebagai agamamu.Tetapi barang siapa terpaksa kerana lapar bukan kerana hendak buat dosa,maka sesungguhnya,Allah Maha Pengampun,lagi Maha Penyayang”

(Surah Almaidah:3)

Adakah kita dipermainkan dengan HALAL...? ( dicopy dari sebuah laman forum. Sejauh mana kebenarannya, sama-samalah kita mencari jawapan. Jika was-was, carilah yang sudah tentu halalnya )

PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )

> 3. Ajinomoto ( Thailand )

> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas

> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina

> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand

> 7. Sabun FAB berbuku

> 8. Lobak Jeruk

> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)

> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi

> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina

> 3. Daging Burger Import

> 4. Sardin, Kari Ayam dalam tin & Yong Taufu buatan Orang Cina

> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'

> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'

> 7. Mee Kering ( sanggol )

> 8. Semua sabun mandi yang diimport

> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL

> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam

> 11. Have Pearl Cream

> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald

> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina

> 14. Beehon Segera Siam

> 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam

> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN

( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum

> 2. Dairy Milk Coklat

> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum

> 4. Sugus Strawberry

> 5. Passer Doily Mixture

> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint

> 7. Scothes Vikmin

> 8. Share Extra Atrenght

> 9. Black Current Jelly

> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges

> 11. Valvis Gelatin

> 12. Sarung Kapsul Ubat

> 13. Ais Krim dalam bekas plastik

> 14. Gula-gula Fruities

> 15 Cake Mets Vilber Punch

> 16 Coklat Cake

> 17 Tepung Kastard Lady's Choice

> 18 Semua jenis Jelly

> 19 Semua jenis gincu bibir

> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo

> 21 Lady's Choice Jelly

Senarai barang yang mengandungi alkohol dan unsur-unsurnya

> 1. Barangan avon keseluruhannya

> 2. Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord

> 3. Minyak rambut brylcream ( hijau )

> 4. Racun serangga jenis spray seperti sheltox, baygon & mortin

> 5. Seluruh ubat batuk jenis sirap

> 6. Keseluruhan ball pen dakwat kering

> 7. Tonik bayi grape water, tonik waterberry compound

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.

Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;

Principal Assistant Director;

Ministry of Health , Malaysia ;

Tel: 03-2540088.

Artikel ni diambil dari email yg difowardkan oleh seorang pensyarah USIM Nilai.

Moga sama2 kita menjaga diri kita daripada terlibat dengan benda2 yang diharamkan oleh Allah...

Makanan yang kita makan akan merosakkan diri kita sendiri sama ada di DUNIA DAN AKHIRAT

SALAM BERTEMU



Rasenye dah 3 minggu x update blog ni,
bkan x mahu tapi macan2 masalah melanda,mintak maaf pada sahabat2 sekalian,
anda masuk blog ana dalam keadaan ana masih belum update lagi,
lantaran masalah internet yg terputus sejak 3 minggu lalu yg baru semalam ok....
insyaallah lepas ni ana mula balik menulis,tapi x leh kerap sangat bulan ni,
hanya tinggal 23 hari lagi,
exam final first year medical school for Malaysian student(group c) university of zagazig......
doakan ana berjaya menjawab soalan nanti dengan baik.....
ape2 pun selamat bercuti lah pada sahabat2 sekalin kat mesir ni.......
rasenye semua dah cuti kecuali group january intake tanta university dan zagazig university je...
tp tanta university mula exam minggu depan dah untuk january intake...
selamat lah semua....
buat yang terbaik............
wassalam