Pages

Wednesday, 3 June 2009

SAMBUNGAN YG LALU

 

PUNCA KEMEROSOTAN AKHLAK REMAJA ISLAM DI MALAYSIA

بسم الله الحمن الرحيم

Sebelum kita sama-sama menyelusuri punca sebenar (pada pandangan saya dan rujukan dari kajian ilmiah dalam kalangan penkaji-penkaji tempatan) kemerosotan akhlak remaja islam di Malaysia pada masa ini,suka ana ingin mengetengahkan kedudukan atau kategori remaja islam di Malaysia

Secara amnya,kalau dilihat pada remaja islam di Malaysia kita boleh bahagikan kepada beberapa bahagian:

1.       Remaja/h yang mendapat pendidikan agama dan beramal dengan agama.

2.       Remaja/h yang mendapat pendidikan agama dan tidak beramal dengan agama.

3.       Remaja/h yang tidak mendapat pendidikan agama dan cenderung untuk beramal dengan agama.

4.       Remaja/h yang tidak mendapat pendidikan agama dan tidak langsung berminat kepada agama.

 

Berdasarka fakta di atas,sahabat-sahabat sekalian bboleh menilai kita berada di bahagian mana…………..?mintak jauh daripada golongan  yang keempat ni….


Dewasa ini,kita dapat lihat kehancuran akhlak remaja melayu terutama remaja islam di Malaysia.Lihat saja di sekeliling kita jarang sekali dapat kita lihat satu keluarga mempunyai  ahli-ahlinya yang tiada masalah  sosia.Pada posting kali ini,kita tidak mahu membincangkan pasal masalah dalaman walaupun tidak dinafikan semua itu wujud.insyaallah pada kali ini kita akan simpulkan  serangan musuh islam- islam terhadap remaja/h islam pada  abad ini:

 

 

1)  Memasuk dan meramaikan bilangan penyanyi dan pemuzik di kalangan anak muda-musi dan menjadikan mereka idola atau pujaan di dalam kehidupan mereka. Dalam masa yang sama menyempitruang lingkup alim ulama’ dalam konteks dakwah dan menyisihkan mereka dari dijadikan contoh di kalangan remaja.

2)  Menambah tempat-tempat hiuran dan menaja konsert-konserta tertentu bagi tujuan untuk merosak akhlak serta meleka dan melalai remaja dari ajaran agama Islam.

3)  Menghadkan peruntukan kepada program-program agama dan memberi peruntukan yang besar kepada apa jua jenis sukan dengan tujuan untuk merapat hubungan kaum sesama penduduk Malaysia tetapi dalam masa yang sama untuk meminggirkan program-program agama. Sebagai contoh, belanja untuk SUKOM, SUKMA, PIALA MALAYSIA dan lain-lain.

4)  Sukatan pelajaran agama dupersempitkan, manakala sukatan pelajaran yang lain diberi keutamaan. Lihat sahaja kepada pandangan Dr. Faisal Othman di dlam Majalah Massa 7 September 1996. “Pendidikan dan ajaran agama Islam kepada murid dan pelajar beragama Islam diajar mengikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang ditetapkan. Sistem persekolahan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia kini. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk diterima dakwaan kononnya mengucap dua kalimah syahadah pun ramai yang tak tahu maka dikatakan remaja Islam Malaysia buta agama atau tidak mengetahui ajaran pokok agama Islam” Ucapan ini telah dijawab oleh kerajaan Selangor melalui JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) melalui khutbah Jumaat ke seluruh pada bulan September 1998 menyebut bahawa “mengikut satu kajian yang dijalankan di sekitar Sek. Menengah di Lembah Klang kajian yang dilakukan terhadap 100 orang pelajar Islam bermula dari tingkatan 3 hingga 5 yang menunaikan solat lima waktu, hanyalah 8 orang yang sembahyang 5 waktu dan selebihnya seramai 92 orang meninggalkan sembahyang lima waktu.

5)  Membenarkan missionari-missionari Kristian melebarkan pengaruh di dalam suasana kehancuran akhlak muda/I demi membina kekuatan agama mereka di kalangan orang melayuu yang bergama Islam dan mengurang keyakinan terhadap ajaran agama mereka iaitu Islam dengan cara membuka ruang pengampunan dosa dan juga kaunseling agama mengikut ajaran Kristian.

6)  Memecahkan perpaduan ummat Islam kepada beberapa kumpulan (berbilang-bilang jemaah) dan mewujudkan perasaan kumpulan masing-masing adalah benar, dengan tujuan untuk melahirkan satu natijah yang lebih besar lagi iaitu permusuhan dan peperangan sesama ummat Islam. Negara contohnya negara Afghanistan dan Pakistan.

 

Berdasarkan fakta-fakta berikut,ana mengajak sahabat-sahabiah merenung,,,,adakah kita sekarang ini bebas dari pengaruh-pengaruh tersebut……berani ana katakan, ana sendiri kadang-kadang lalai dengan arus dunia.Kita perlu sedar,Islam tidak akan rugi kalau kita tidak bersama dengan agama Allah ini,tapi kita akan rugi kalau kita tidak bersama-sama islam.Ana mengajak diri ana dan sahabat-sahabiah sekalian agar sama-sama mendepani arus kehidupan kita atas muka bumi Allah ini dengan meninggalkan apa yang Allah larang dan membuat apa yang Allah perintahkan. Kita perlu sedar, betapa liciknya musuh islam merancang untuk menghancurkan islam pada hari ini dengan merosakkan remaja-remaja islam.

Sabda Nabi Muhammad SAW  yang bermaksud:

Islam itu tinggi,dan tiada yang tinggi melainkan islam

Keyakinan yang tinggi perlu ada pada diri kita suatu hari nanti islam akn tertegak di muka bumi ini.Daulah islamiah yang jatuh pada suatu masa dahulu akan ditebus kembali oleh generasi-generasi pada hari ini.Berbekalkan ilmu dan semangat juang yang tinggi,insyallah suatu hari nanti,kita sama –sama akan melihat islam dihormati di serata pelusik dunia.

Sebelum ana menghabiskan coretan ana yang tak seberapa ini,ana tinggalkan sepotong hadis untuk derenung bersama.

Sabda baginda Muhammah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan terus berada diatas kejelasan (kebenaran) hinggalah datang kepada kamu 2 kemabukan: Kemabukan Jahil dan mabuk cintakan dunia”

 

 

Sumber rujukan:PEMUDA/I ISLAM:ANTARA PERANAN DAN CABARAN      MENGHADAPI KONSPIRASI MUSUH,proJek pustaka alaf azhari manhal PMRAM

 

.

.






0 comments: