Pages

Thursday, 28 May 2009

Study@Dakwah









Alhamdulillah...dapat juga ana memulakan coretan ana pada hari ini.Teringat plak masa sekolah dulu,mase form 4 dan form 5,kene lantik pegang jawatan penting dalam majlis perwakilan pelajar sm imtiaz dungun....asal nye form 5 dan dapat portfolio lain dah...biro akademik...slpas tu d tukar semula ke biro keagamaan(JKBI) atas sbb yg x dapat dielakkan..mase tu hanye ALLAH je yg th betapa beratnye hati menerima tugasan ini,memang sgt berat apabila terkenagkan diri ini kurangnye ilmu agama,nk bercakap kat depan pun gabra...memang tak layak di bandingkan dengan abg syuk(senior yg pegang jawatan ni dulu) yg hebat dgn kepetahan berkala-kata.Akhirnye dgn sokongan sahabat ana menerimanye...dalam menjalankan tugas ku ni,kadang2 tertanye-tanye jugak....Aku ni duk kat sekolah nak study ke?atau nk berdakwah?ammmmmm!!!!

 

 

sehinggalah satu saat kadang2 lemah smangat,bleh kata tiap2 tahun sampai f5 ana menangis tertekan,masa ni ustazah lah jadi tempat ak mengadu...hehe...ustazah mane tu???rase nk letak jawatan pun ade,macan2 lah....

 

 

sampai satu hari,ana terbaca article tentang study atau dakwah.... ni bleh lah nk kongsi kat semua terutama nye adik2 kat imtiaz yg menyambung perjuangan kami di bumi imtiaz.Jadi ana bagi article yg ana baca dulu untuk di kongsi bersama sahabat2 atau adik2 yg mungkin tertanya-tanya tentang peranan kita sebagai SYABABUL ISLAM..

 

 

 

Kewajipan Dakwah Serta Tuntutannya

Dakwah menjadai tuntutan kepada umat Islam yang baligh, berakal, mumayyiz dan mampu melaksanakannya. Banyak dalil-dalilnya antaranya:

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:

Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang mengajak kepada kebaikan, menyeru makruf dan mencegak kemungkaran dan mereka adalah golongan orang yang berjaya.”

Dalam hal ini Rasulullah menjelaskan lagi dengan hadis Baginda SAW yang bermaksud:
“Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemunkaran, maka hendaklah diubah dengan tangan, seandainya tidak mampu maka dengan lidah dan perkataan, sekiranya tidak mampu maka mesti mencegahnya dengan hati. Dan mencegah atau benci dengan hati itu merupakan selemah-lemah iman.”

Begitu juga dengan sirah para Nabi dan Rasul serta ulama-ulama yang mahsyur. Mereka menjalankan tuntutan dakwah ini dengan segala usaha dan pengorbanan sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah ini. Tujuannya tidak lain mengajak manusia kepada mentaabudkan diri kepada Allah serta melaksanakan amanah sebagai pentadbir di muka bumi ini. Dalam usaha menjalankan dakwah ini, mereka menerima pelbagai cubaan dan mehnah serta tribulasi hingga menggadaikan nyawa mereka sendiri. Namun begitu mereka tidak merasa cemas, sedih atau menyesal. Mereka yakin bahawa daripada usaha tersebut dan izin Allah, mereka akan diganjari dengan pelbagai nikmat baik di dunia sekalipun dan lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak. Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan apakah kalam dan perkataan yang paling baik daripada mereka yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan menyatakan bahawa aku daripada orang muslimin.”

Justeru, kita perlu sedar bahawa tugas dakwah ini bukan suatu perkara yang terasing dalam kehidupan kita sebagai pelajar. Ini adalah sunah kehidupan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Mengapa Pelajar @ Remaja ?

Setelah kita mengetahui kewajipan dan tuntutan dakwah, timbul pula persoalan. Adakah kita sebagai seorang pelajar atau remaja perlu terlibat dalam kancah ini? Sedangkan dalam masa yang sama kita mempunyai kewajipan untuk belajar? Dalam hal ini para pelajar perlu faham bahawa kedua-dua hal ini perlu dilihat dalam perperstif yang berbeza. Persoalan belajar adalah persoalan kita mengukuhkan ilmu, fikrah, jiwa serta apa-apa jua yang berkaitan dengan diri kita sendiri. Persoalan dakwah pula adalah berkaitan dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Lantaran suasana yang berlaku di sekeliling kita mendesak kita untuk menjalankan tugas dakwah ini, maka kita sebagai pelajar tidak dapat tidak perlu melibatkan diri secara langsung dengan kemampuan dan medan yang kita berada.

 

Sebagai pelajar dan remaja, perlu disedari hakikat bahawa kita merupakan generasi masa depan yang akan menggantikan kepimpinan ummah yang wujud kini. Lantaran kesedaran di atas dasar ingin membuat reformasi ke atas perkembangan umat Islam yang berlaku kini, maka ia menuntut pengorbanan dan usaha dari seluruh tenaga, masa dan material kita untuk menaikkan syiar Islam. Bagi menentukan maju atau mundurnya sesebuah bangsa itu, maka kita hanya perlu melihat kepada pemudanya. Sekiranya pemudanya hidup dalam keadaan yang leka, membuat maksiat dan engkar dengan perintah Allah, maka cukuplah untuk kita melihat akan kemusnahan bangsa. Namun, seandainya pemuda dan pemudinya sentiasa peka, takwa dan beriman kepada Allah dan hari akhirat serta bersedia membuat perubahan, maka kita akan dapat lihat bangsa tersebut akan dinaikkan darjat mereka di dunia dan di akhirat. Itulah hakikat maksud kata-kata Imam Al-Ghazali tentang golongan pemuda.

 

Begitu juga kalau kita semak kembali sirah perjuangan Rasul SAW, ramai di kalangan para sahabat terdiri daripada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Saad Bin Abi Waqqas, Ali Bin Abi Talib dan ramai lagi. Mereka adalah pemuda-pemuda bagi membantu perjuangan Rasul SAW terutamanya ketika Islam mula-mula ditegakkan.

 

Dalam suasana pengajian, kita tidak perlu memberikan alasan untuk tidak bersama-sama menceburi dalam bidang dakwah ini. Bukan masalah masa yang tidak cukup, ilmu yang masih tidak mantap, tidak yakin pada diri sendiri dan sebagainya yang merupakan jawapan-jawapan yang sering diutarakan, tetapi perlu kita sedar seandainya kita tidak berubah dari sikap lama kita dan tidak mengambil endah akan hal ini, maka masyarakat dan negara akan dijajah dengan pelbagai bentuk penjajahan yang baru.

0 comments: